” Ya Allah Jodohkan Diriku Dengan Insan Yang Baik MenurutMu & Dapat Terima Aku Seadanya Tanpa Ragu-Ragu”

Hanya kepada Dia tempat kita memohon sesuatu pertolongan. Jangan sesekali s0mb0ng tidak meminta padaNya usai solat kerana Dia yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

Jadi teruskan berdoa agar Tuhan temukan jodohmu dengan insan yang baik, soleh dan mencintaimu sehingga ke jannah.

Pintaku padamu ya Allah ya rab, jodohkan aku dengan dia yang baik menurutmu, yang dapat menyempurnakan setiap kekuranganku dan yang dapat menerimaku dan keluarga apa adanya, begitu juga padanya ya rab.

Sesungguhnya tidak ada kisah yang paling indah di hadiahkan olehMu, kerana itulah mengapa dalam doaku semoga d1riMu pertemukan seseorang yang selayaknya untuk d1ri aku insan yang banyak kelemahan, yang dapat menerima aku keadaanku.

Yang tulus menyayangi aku, walaupun nanti dia tahu bahawa dalam d1ri aku akan banyak kekurangan.

Jika nanti dia tahu kekurangan-kekurangan aku, teguh hatinya mencintaiku dan tidak men1ngg4lkan aku yang telah mencintainya. Kuatkan hati kami untuk selalu rasa bersyukur dan mencintai kekurangan masing-masing kerana cinta kami kepada Allah.

Semoga aku pertemukan seseorang yang dapat mengertiku dalam apa jua keadaan, menjadi pendengar yang baik masalahku dan menjadi penenang ketika am4rah mendatang dan damai.

Ya rab, Aku sedang baiki d1ri, semoga dengan kehadiran dia menjadikan aku insan lebih baik dari hidupku. Aku sedang berusaha memperbaiki d1ri ya rab, masih banyak peraka yang aku harus pelajari semoga dengan kehadirannya membuat aku lebih dekat kepadamu.

Ya rab, hadirkan seseorang yang dapat menerima ibu aku, ayahku dan adik beradikku.sebagaimana dia menerima keluarga aku dan semoga aku juga dapat menerima mereka dengan penuh hikmah.

Aku bermohon padamu Ya Rahman ya Rahim, sebenarnya aku malu terhadap d1riMu. Aku mahu dekat padaMu, aku ingin bersujud padamu.Memohon ampun padamu, cukup jauh aku terleka.

Ya rab jauhikan aku dari kemaksiatan dan jagalah 4ibku.

Kuatkan hatiku, kuatkan imanku.

Peruntukkan aku kepada dia yang berilmu, yang dapat mengerti aturan dariMu sehingga tanggungjawab dan menjaga kesetiaannya padaMu juga semakin bertambah.

Jika dia jodohkan hadirkanlah,

Jika jodohku masih jauh,

Dekatkan hatiku padaMu ya rab, agar nanti ketika aku bertemu dengannya aku sudah siap menjadi pelengkap hidupnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Kashoorga

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini