Warga Asing Dihalang Masuk Masjid, Ramai Kesal Layanan 2 Darjat

Baru-baru ini tular sebuah gambar di media sosial yang memaparkan seorang warga asing dihalang daripada memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat walaupun telah beratur lebih awal berbanding warga tempatan lain.

Susulan itu, ramai warga maya meluahkan kekesalan terhadap pengurusan masjid tersebut. Difahamkan warga asing tersebut mempunyai aplikasi MySejahtera, malahan telah beratur lebih awal.

Menurut seorang pengguna Twitter, Azboroi mendakwa bahawa warga asing itu tidak dibenarkan masuk bukan disebabkan ketiadaan aplikasi MySejahtera tetapi pengurusan masjid itu sendiri ingin menyimpan kuota untuk masyarakat tempatan.

warga asing

“Brader ni foreigners, tak dibenarkan masuk solat Jumaat. Siapa yang kata Islam di Malaysia ni tak kenal ras dan warna kulit, memang penipu.

“Hal ni berlaku depan aku tadi. Brother ni sampai sedikit awal dari aku, aku berdiri belakang dia. Tak sempat check MySejahtera terus cakap ‘you foreigner kan? Foreigner tak boleh masuk, locals saja,” ciapnya di laman Twitter.

Warga Maya Tidak Senang Layanan 2 Darjat Di Masjid Terhadap Warga Asing

Susulan daripada ciapan itu ramai warganet meluahkan perasaan tidak senang dengan layanan 2 darjat terhadap warga asing tersebut. Tidak kurang juga yang geram dengan alasan pihak pengurusan masjid itu.

“Nak kata tempat dah penuh, kebanyakan masjid dah tak ada limit kuota. Kadang sampai kat luar masjid atas jalan tar pun ada orang bentang sejadah. Kalau betul, menganiaya orang tu namanya,” ciap nrhnsharol.

“Bayangkan tak masuk syurga sebab halang orang lain buat solat Jumaat, bayangkan beria layan bangsa ‘Mat Saleh’ elok-elok padahal kat negara lain bangsa Melayu dilayan macam bangsa kelas ketiga,” ciap .

warga asing

GAMBAR dimuat naik di Twitter memaparkan seorang warga asing berjalan pergi selepas dihalang memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat, kelmarin.
“Orang yang diskriminasi ni, kalau diorang pergi tempat orang kena batang hidung sendiri, baru dia faham agaknya,” ciap zyias.

“Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni. Satu agama pun dihalang dari masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,” ciap

Kemarahan warga maya tersebut sememangnya berasas. Tidak sepatutnya warga asing dihalang memasuki masjid apabila telah mematuhi SOP yang betul.

Sumber : [Utusan] / mypendidik

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini