Wanita sar4t mengandung meningg4l dunia terlibat kemal4ngan

Kejadian berlaku di Jalan Kulim-Mahang apabila sebuah kereta memasuki persimpangan tanpa berhenti, menyebabkan kereta mangsa terbabas selepas mahu mengelak kereta yang memasuki simpang itu.

Menurut Harian Metro, Mangsa dikenali sebagai Mazidah Shaari berumur 31 tahun yang sarat mengandung sedang dalam perjalanan ke hospital,

untuk melahirkan anak, kereta itu dipandu oleh adik iparnya Muhamad Ghani Abd Razak 26 terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Akibat dari kemalangan itu Muhamad Ghani, Mazidah Shaari serta anak dalam kandungan meninggal dunia, difahamkan Muhamad Ghani meninggal di tempat kejadian, manakala Mazidah Shaari dan kandungan meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasser Jaafar mengesahkan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mazidah Shaari, 31, dan Muhamad Ghani Abd Razak, 26.

Tiga lagi anggota keluarga iaitu ibu, adik serta anak sulung mangsa cedera dan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber: mysumbermaya

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini