Malang tidak berbau. Wanita luah kesal dan rasa seperti ditipu hidup-hidup sewaktu membuat urusan jual beli dengan seorang penjaja kecil di kawasan pantai.
Kentang goreng baru beli berkulat
Menerusi perkongsian Eca Rahimi, menyaksikan gambar kentang goreng yang dibelinya sudah berkulat, walhal ia baru digoreng dan dibungkus untuk makan di rumah.
Melihat keadaan itu, pasti ramai boleh menilai samada ia masih baru atau sebaliknya kerana kebiasaannya makanan hanya akan berkulat apabila ia ditinggal dalam tempoh waktu lama.
“Gamaknya buat macam tu”
Meninjau ke ruangan komen, ramai kesal dengan tindakan peniaga terbabit yang sebenarnya cuba untuk menutup periuk nasi sendiri.
“Tak logiklah…”
Pun begitu, ada juga yang meluahkan keraguan terhadap wanita berkenaan kerana sepatutnya dia lihat keadaan kentang itu di sana, bukan menyedarinya selepas dibawa pulang.
SUMBER: FB (Eca Rahimi) via Redaksi