WANITA INI NAK MUNTAH APABILA TENGOK AYAM GEPUKNYA PELIK HITAM DAN DIA TERUS MINTA PEKERJA TUKAR NAMUN RESPON PEKERJA ITU BUAT ORANG TERKESIMA

 


Ayam gepuk merupakan salah satu menu yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, banyak restoran serta kedai makan berlumba-lumba menawarkan menu itu memandangkan permintaannya yang sangat menggalakkan.

Di sebalik kemeriahan itu, tular isu kurang enak apabila sebuah restoran ayam gepuk didakwa gagal menyajikan kualiti yang terbaik buat pelanggannya.

Menurut seorang pelayar Twtt3r, dia berdepan pengalaman buruk apabila ayam yang diberikan kepadanya sudah bertukar menjadi hitam.

“Tak tahulah apa yang bad sangat servis korang ni, ayam hitam macam ni bagi kat customer eh,” tulisnya menerusi Twitter pada Khamis lalu.

Pelanggan itu turut mempersoalkan tindakan pekerja kedai terbabit yang didakwa meminta dia membuat bayaran tambahan sekiranya mahu menukar ayam lain.

“Minta tukar cakap tak boleh, kena tambah duit. Dah terang tu ayamnya nak makan pun tak boleh, nak muntah,” ujar pelanggan itu.

Dia turut berkongsi bukti dalam bentuk rakaman video dan foto menerusi Twitter sehingga posting berkenaan meraih lebih 2,800 ulang kicau (retw33t).

“Tak jangka tw33t ini akan tular macam ni, tapi jika staf itu nampak tweet ini, saya hanya nak cakap tolong ambil serius kata-kata pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *