Wang tunai RM40,000 hangus dijilat api, m4ngsa akui menyesal simpan duit dalam rumah

TATKALA tr4gedi banjir masih melanda negara, khabar duka melibatkan flat Sri Johor di Cheras turut mengundang hiba netizen.

Paling terkesan tentunya wanita ini yang tinggal sehelai sepinggang selepas wang tunai kira-kira RM40,000 dan barang kemas miliknya musnah dalam kebakaran di tingkat empat Blok 31 flat tersebut pada Ahad malam.

Tialai Mary, 37, yang bertugas di sebuah hospital swasta di sini berkata, beliau menerima panggilan daripada kakaknya memaklumkan tentang kebakaran tersebut kira-kira jam 9 malam.

“Semasa sedang bekerja saya dengar bunyi siren bomba tetapi saya tak syak apa-apa. Kemudian saya terima panggilan daripada kakak memberitahu rumah kami terbakar sebelum bergegas pulang ke rumah.

“Saya sampai lebih kurang jam 10 malam saya terus cari keluarga dahulu dan lihat anak kakak saya sudah berjaya turun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian tengah malam Ahad.

Menurutnya, rumah tersebut merupakan rumahnya sendiri dan beliau sudah menetap di situ bersama keluarganya sejak 17 tahun yang lalu.

https://www.instagram.com/accounts/login/

“Ada tujuh orang tinggal dalam kediaman itu dan semuanya tidak cedera. Namun, apabila sudah jadi macam ini, saya menyesal kerana menyimpan wang tunai di rumah,” katanya.

Turut hadir di lokasi kebakaran, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Katanya, seramai 35 anggota dan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras telah bergegas ke lokasi kebakaran.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus.

“Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik jentera khas dilaksanakan sebelum kebakaran dipercayai berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam kira-kira 11.30 malam tadi,” katanya satu kenyataan pada Isnin.

Nordin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan pihaknya sedang menjalankan kerja baik pulih di lokasi kejadian.

Sumber : Sinar Harian / dedah

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini