Viral Isu Buang Nama Isteri Daripada Syarikat, Akhirnya Ini Kata-Kata Dari Si Suami!

Bagi sesiapa yang meminati jenama pakaian Elrah Exclusive, pasti mengenali pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nur Amirah dan El Azman yang merupakan founder kepada jenama tersebut.

Selain daripada bergelar usahawan, mereka juga adalah salah seorang influencer yang mempunyai pengikut agak ramai di laman sosial masing-masing.

Terdahulu, luahan Kak Migha yang mend4kwa telah dikhi4nati susulan namanya dibuang daripada syarikat oleh suami sendiri ternyata mengundang simpati ramai.

Sejak itu, lelaki tersebut dikritik ‘bagai kacang lupakan kulit’ gara-gara tidak menghargai jasa isteri yang sanggup susah senang bersama sejurus lepas mengecapi kemewahan.

Sambil memuat naik klip video yang memaparkan dirinya bagi burung makan di Tanah Suci, usahawan El Azman berkongsi hikmah setiap ujian diturunkan adalah sebagai tanda sayang Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya.

Dia malah percaya, asbab kesabaran ketika mengharungi satu-satu dugaan itu mampu jentik hati seseorang agar ingat kembali pada Maha Pencipta.

Ujarnya lagi, manusia memang tidak terkejar dek segala nikmat yang tersedia di dunia. Walau dicaci, dihina atau difitnah oleh berjuta orang sekalipun, dia percaya bahawa jika seseorang itu reda dan berserah semuanya akan kembali baik-baik semula.

Justeru itu, El Azman mengucapkan tanda syukur kerana berasa semakin dekat di sisi Allah S.W.T sebalik apa yang telah berlaku.

Menerusi posting ‘part 2′ di Instagram miliknya pula, El Azman menyifatkan bahawa masa, kebahagiaan dan juga harta adalah agak mustahil untuk diraih sekali gus. Namun begitu, ketiga-tiga elemen berkenaan itu tetap diharapkan dapat jua dalam kehidupan.

Sumber : https://www.viralmy.me/ malaysiatime

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini