[VIDEO] Pengh4ntar Makaanan Und4ng Seb4k Ramai,Atuk Usia 68 Tahun Gigih Cari Rezeki Jadi ‘Rider’

Ketika ini sememangnya semua orang bertungkus-lumus mencari pendapatan. Kekangan ekonomi keluarga menjadi punca ramai warga emas masih lagi membanting tulang diluar sana untuk mendapatkan penghasilan.

Rider umur 68 tahun

Siapa yang tidak sedih apabila warga emas yang seusia ibu bapa kita masih perlu gigih bekerja demi sesuap nasi.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai danielashraf1370 apabila memuat naik video seorang lelaki berusia 68 tahun bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Menurut pengguna TikTok itu, dia menemui lelaki tersebut ketika sama-sama sedang melakukan penghantaran menerusi Grabfood. Dapat dilihat warga emas berkenaan tetap kuat berjalan ke sana-sini walaupun keadaan fizikalnya yang sedikit bongkok.

Tak sanggup lihat warga emas bekerja macam ni

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meniinggalkan komen dengan mengakui sebaak melihat sosok tua tersebut dan terus teringat akan bapa masing-masing yang sudah berumur di rumah.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar warga emas terbabit terus dimurahkan rezeki dan berharap supaya pelanggannya memberikan sedikit tips andai melihat individu tersebut yang menghantar makanan mereka sebagai tanda menghargai usahanya yang tetap gigih mencari rezeki di usia senja.

Sumber: TikTok danielashraf1370 via ohmymedia

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini