ADA banyak cara untuk kita berdoa kepada ALLAH dalam pelbagai situasi tidak kira selepas solat ataupun sebelum memulakan kehidupan seharian.
Malah selalunya doa tersebut dilafazkan ataupun kadangkala sekadar dibaca dalam hati.
Namun tidak semua orang mampu melafazkan doanya secara lisan dengan jelas, terutamanya bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) bisu.
Sebuah video tular di Twitter memaparkan seorang lelaki dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat untuk memanjatkan doa kepada ALLAH dipercayai selepas menunaikan solat.
Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian warganet yang tersentuh dan insaf dengan perlakuan tersebut, malah mendoakan agar doa individu tersebut dimakbulkan.
“Ya ALLAH, terimalah doa lelaki itu dengan penuh rahmah. Usahanya sangat menyentuh hati dan jadi satu peringatan kepada kita semua,” kata @Layla_Begum_Ali.
@AishaHousssein pula memuji pihak berkongsi video tersebut di media sosial sebagai satu perkongsian yang menginsafkan umat Islam.
“Semoga ALLAH menerima doanya. Siapa yang merakam video tersebut pasti doanya akan termakbul juga. Terima kasih kerana berkongsi video ini,” katanya. — Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page DetikKiniViral.Net Ya.
PERHATIAN: Pihak DetikKiniViral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.