[VIDEO] ‘Keladi Emas 916’ Harga Cecah 100K Sepokok Sama Harga Honda Civic

Tuah bagi seorang penjual baka keladi import apabila memiliki induk pokok keladi luar negara dikenali Alocasia New Guinea Gold yang harganya mencecah lebih RM100,000 sepokok.

Jika dibuat perbandingan, harga induk berkenaan hampir menya­mai jualan sebuah kereta Honda Civic dan Proton X70.

Pemiliknya, Muhamad Fathi Mat Jat, 32, berkata, dia pada mulanya membeli sebatang pokok keladi New Guinea Gold pada harga RM80 sepokok untuk dijadikan induk daripada seorang wanita di Kuala Lumpur lima tahun lalu.

“Kini, induk yang saya miliki setinggi 2.7 meter dan mengikut pasaran harganya lebih RM100,000.

“Induk ini boleh mampu menghasilkan sehingga 2,000 anak pokok sekali gus dan saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjualnya.

“Keladi ini memiliki keunikan tersendiri apabila tekstur batang pokoknya berwarna kuning ke­emasan sehingga digelar keladi emas 916 dalam kalangan peminatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Muhamad Fathi berkata, dia pada mulanya menanam spesis keladi tersebut sebagai hobi di kawasan rumahnya, namun kini menjadi salah seorang pembekal baka yang sukar ditemui itu di Kelantan.

Katanya, bagi setiap pokok keladi emas 916 setinggi 10 sentimeter boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 setiap satu.

Menurutnya, selain New Gui­nea Gold, dia turut membiakkan 15 jenis keladi termasuk baka dari Jerman iaitu Black Mabel Taro yang dibeli pada harga RM8,000 daripada seorang rakan.

“Saya juga mempunyai keladi baka induk jenis Mojito dari Jepun bernilai RM25,000 dan anak pokoknya kini boleh dijual pada harga RM100 sepokok. Permintaan untuk pokok keladi ketika ini amat tinggi sehingga ada yang telah membuat tempahan awal untuk pembelian.

“Harga sebatang pokok keladi itu dinilai berdasarkan tekstur seni, bentuk ubi, rupa bentuk daun, serlahan warna, corak daun dan saiz keladi,” katanya.

Tambahnya, selain keladi emas 916, dia turut menjual jenis Topeng Firaun, Mickey Way, Black Lava dan Mojito.

VIDEO:

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

– Sumber dipetik dari MYKMU, K 0nline, Youtube Harian Metro