[VIDEO] Diminta Dedahkan Rakaman CCTV ‘Tuduhan’ Mncuri, Ini Respon Pengurus 7-Eleven

TuIar sejak beberapa hari lalu di beberapa platform media sosial apabila terdapat seorang wanita bersama anaknya datang ke 7-Eleven untuk‘mnyerang’ selepas pekerja 7-Eleven bertanyakan kepada anaknya sama ada beliau mncuri barangan atau sebaliknya barangan di rangkaian kedai tersebut.

Situasi menjadi lebih rumit apabila kanak-kanak tersebut melaporkan kepada ibunya bahawa beliau telah ditud0h mncuri sekaligus membuatkan dua beranak ini ke 7-Eleven dalam mendapatkan penjelasan sambil menjalankan Facebook Live sebagai tontonan kepada orang ramai.

[VIDEO] Didkwa ‘Tuduh’ Anaknya Mncuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Warganet

Pertngkaran yang disaksikan oleh orang ramai ini telah mendesak segelintir warganet yang mahukan pihak 7-Eleven dedahkan rakaman CCTV sewaktu kes berlaku dalam mendapatkan

kepastian. Permintaan warganet tersebut walau bagaimanapun telah dijawab oleh pengurus 7-Eleven berkenaan menerusi video TikTok 7elevenmalaysia_official.

Menurut pengurus 7-Eleven berkenaan, beliau menjelaskan semula bahawa isu salah faham berlaku selepas pekerja 7-Eleven bertanya kepada kanak-kanak tersebut berikutan terdengar perbualan rakan kanak-kanak yang hadir bersama ke 7-Eleven.

Pertanyaan tersebut telah membuatkan kanak-kanak tersebut tak0t serta memilih untuk lari keluar dalam mendapatkan ibunya yang seterusnya membuatkan dua beranak ini hadir semula ke 7-Eleven.

Berdasarkan semakan pihak 7-Eleven, difahamkan kanak-kanak tersebut tidak mncuri dan sekadar berlaku salah faham antara dua pihak. Pihak ibu kepada kanak-kanak tersebut serta pekerja 7-Eleven saling bermaafan berikutan pertngkaran yang mengakui kekeliruan yang berlaku.

Pihak pengurus 7-Eleven turut memaklumkan agar orang ramai tidak lagi mngecam tindakan wanita berkenaan serta berharap orang ramai dapat mencipta memori indah bersama 7-Eleven.

Menurut wanita tersebut menerusi Facebook beliau Wan Noor Baizura, beliau memaklumkan pihak polis telah menyemak rakaman CCTV tersebut serta mengesahkan anaknya tidak mncuri.

VIDEO:

Diharap isu seperti ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar situasi yang sama dapat dielakkan sebaliknya perbincangan secara profesional antara yang boleh dilakukan sekiranya berlaku sebarang salah faham. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

sumber: mytvvi