[VIDEO] “Cinta tak kenal usia” Beza 25 Tahun, Pemuda Kahwin Dengan Cikgu Sendiri

Kalau kita nak cakap pasal jodoh, rezeki, ajal, semuanya memang menjadi rahsia Allah S.W.T dan tiada siapa yang dapat ramal apa akan jadi nanti.

Bercakap soal tak boleh nak ramal, sama seperti kisah ni yang mana seorang murid ni bertemu jodoh dengan cikgunya sendiri.

Selalu ambil gambar bersama

Baru saja beberapa jam dimuat naik ke media sosial, tapi posting mengenai pertemuan jodoh antara anak murid dan seorang cikgu ni memang menjadi perhatian netizen.

Video mengenai perkara itu dikongsikan melalui akaun Samballana Bistro, dan ia menunjukkan gambar-gambar yang telah digabungkan menjadi sebuah video terhadap perkenalan mereka berdua ini.

Dalam video tersebut, difahamkan bahawa seorang remaja lelaki itu merupakan pelajar di sebuah sekolah dan dia selalu mengambil gambar dengan cikgunya tersebut. Sejak dari situ, mereka berdua ni lebih banyak ambil gambar bersama.

Beza umur lebih 25 tahun

Tapi agak mengejutkan pada tahun 2020, mereka berdua ni bertemu jodoh dan disatukan dengan ikatan yang sah. Mungkin kita dah pernah dengar, pelajar kahwin dengan cikgu beza umur setakat beberapa tahun.

Walau bagaimanapun, paling mengejutkan adalah bila mereka berdua ni sebenarnya mempunyai jarak umur sebanyak 25 tahun. Jauh gila wehhh.

Sejak artikel ni ditulis, video tersebut dah dimuat naik lebih kurang selama 6 jam tapi dah peroleh hampir 1 juta views di TikTok.

“Kalau marah istri takut ilmu tk berkat”

Di ruangan komen, ternyata rata-rata netizen terkejut dengan posting itu. Ramai yang masih tak percaya sebab perkara ni agak rare di negara ni, dan ada juga yang bergurau bahawa lelaki tu tak boleh marah isterinya nanti sebab takut ilmu di sekolah dulu tak berkat.

KOMEN NATIZEN:

Siapa belum jumpa jodoh tu jangan risau, mungkin dia lambat lahir je tu hehehe.

Sumber : lobakmerah

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini