Ustaz Abdul Somad Dis3kat Masuk Singapura, Dakwa Seakan ‘Dipenj4ra’ Imigresen Sebelum ‘Dihantar’ Pulang

Pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad atau lebih mesra dengan panggilan UAS di Indonesia dilapor disekat daripada memasuki Singapura. Perkara berkenaan disahkan oleh Kedutaan Besar Rebuplik Indonesia, Suryopratomo setelah mendapat penjelasan daripada Jabatan Pemeriksaan dan Imigresen Singapura (ICA).

Menurut Suryopratomo, ICA bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung l4rangan membabitkan penceramah terkemuka Nusantara itu. ICA juga tidak memaklumkan sama ada nama UAS dimasukkan ke dalam senarai hit4m atau sebaliknya.

“Saya telah meminta penjelasan daripada pihak ICA. Menurut mereka, pihak kerajaan telah menetapkan UAS tidak dibenarkan masuk kerana tidak memenuhi kriteria lawatan yang layak bagi warga asing untuk ke Singapura ” ujarnya pada CNN Indonesia.

Katanya lagi, penjelasan lanjut hanya boleh diberikan oleh Kedutaan Singapura di Indonesia dalam menjernihkan perkara ini. Suryopratomo juga menjelaskan bahawa UAS tidak dihalau keluar memandangkan beliau belum memasuki Singapura, sebaliknya beliau dihalang daripada memasuki negara tersebut.

“Not to Land” atau nota dil4rang mendarat secara umumnya adalah amalan biasa Imigresen dimana-mana negara terhadap kedatangan warga negara asing yang tidak diingini. Umumnya, melalui nota berkenaan, warga asing berkenaan tidak dibenarkan memasuki ke sesuatu negara.

Sebelum ini, Abdul Somad mendakwa telah dihantar pulang dari Singapura. Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Instagramnya. “UAS dalam bilik 1×2 meter ibarat penj4ra di Imigresen sebelum dihantar pulang dari Singapura,” tulisnya lagi

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram menunjukkan beliau mengenakan topi di kepala dan melitup muka kelihatan seperti berada di dalam bilik yang berwarna putih dan berbumbungkan penutup besi. “Itu yang mereka tak boleh jelaskan. Kakitangan Imigresen tak boleh jelaskan, jadi mungkin Duta Besar Singapura di Jakarta boleh jelaskan.

Anda kena jelaskan kepada masyarakat. Kenapa anda, kerajaan anda menolak kedatangan kami? Kenapa kerajaan anda hantar pulang kami? Kenapa? Adakah kerana (kami) pengganas. Apakah kerana ISIS? Apakah kerana membawa dadah? Persoalan berkenaan harus anda jelaskan,” kata UAS dalam video di saluran YouTube Rasmi Hai Guys pada Selasa (17/5).

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi manusia, Tubagus Erif berkata pihaknya sedang berkoordinasi dengan ICA berhubung isu penghantaran pulang UAS.

Sumber: CNN Indonesia via https://www.malaysiakini.com, siakapkeli / caramohon

Perhatian! Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komen yang dibuat melalui laman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemegang akaun dan tidak sepatutnya menggambarkan kedudukan lembaga editorial kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Istimewa untuk setiap dari kita berkongsi menu masing-masing.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.