“Umrah Masa Tu Rasa Luar Biasa, Penuh Ketenangan..” – Fazura Luah Perasaan Rindu

Pelakon jelita, Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura sempat memuat naik beberapa keping gambar lama saat dia berada di tanah suci .

“Siapa rasa rindu ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah? Bila teringat (rindu), saya akan tengok gambar dan mendengar talbiyah. Rasa sayu sangat hati ini,” tulisnya dalam Instagram.

“Teringin sampai masa nanti jika diizinkan Allah SWT untuk menunaikan haji pula. Doa di kesempatan ini, moga saya dapat memperbaiki lagi diri.

“Amalan, akhlak dan segala niat dalam diri. Saya berdoa juga kepada semua yang belum berkesempatan (menunaikan umrah dan haji), supaya dipermudahkan urusan ke Tanah Suci. InshaAllah semoga dipermudahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura mengakui berasa cukup tenang dan luar biasa saat mengerjakan umrah pada ketika itu.

https://www.instagram.com/p/CRd-rMhNWfn/?utm_source=ig

Perk0ngsian itu mendapat pelbagai respons positif daripada peminat yang turut berk0ngsi perasaan sama dan mendoakan agar mereka juga diberi peluang untuk melawat ke tanah suci Mekah. – Sumber dipetik dari Xtra / mytvviral

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini