Tips Jana Pendapatan Sampingan Dengan Menjadi Ahli Photographer.

Tahukah anda anda mungkin boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya mengambil gambar,mungkin anda miliki camera dlsr tapi tidak pernah terfikir untuk menjana pendapatan melaluinya jadi hari ini kami berikan beberapa tips yang mungkin boleh memberikan anda ideal bagaimana caranya untuk anda menjana pendapatan melalui camera dlsr anda.Berikut kami berikan langkah bagaimana cara untuk anda mulakan langkah menjana pendapatan dengan menjadi seorang photogtapher.

Buat Duit Sebagai Photographer

BELAJAR

Ilmu adalah bahan utama untuk berjaya, Jadi untuk menjadi seorang professional photographer anda perlu belajar bagaimana cara untuk mengambil gambar-gambar yang baik. Oleh itu langkah pertama yang perlu anda ambil sebelum menjana pendapatan anda haruslah belajar.

Saya mana ada masa nak belajar bro? Mungkin soalan muncul didalam fikiran anda selepas membaca perkataan BELAJAR diatas sebenarnya nak belajar cara untuk jadi photographer atau jurugambar sekarang ni anda sudah tidak perlu pergi ke kelas atau khusus cukup anda layari youtube dan taip “how to take good photo using camera dlsr” beribu-ribu tutorial akan diberikan so anda hanya perlu ambil masa 1- 2 jam untuk belajar sehari.Disini kami sertakan link tutorial yang mungkin berguna untuk anda.

GUNAKAN

Selepas anda belajar dan anda yakin dengan kebolehan anda jadi anda kini boleh mula menjana pendapatan sebagai Photographer dan berikut adalah beberapa services yang boleh anda lakukan untuk buat duit sebagai photographer.

Family Photo
Mungkin anda tidak tahu ramai dikalangan keluarga memerlukan perkhidmatan photographer untuk mengambil gambar keluarga mereka jadi anda boleh mula menawarkan services ini.
2. Wedding Photographer

Ini adalah salah satu services yang sangat popular di malaysia dan permintaan sangat tinggi jadi selepas anda belajar teknik-teknik yang baik sebagai jurugambar kenapa tidak anda mulakan service ini.
3. Jual Secara Online

Siapa nak beli gambar dan bagaimana cara nak jual? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai keunikan yang bernilai cuma kita perlu bijak mencarinya jadi jika anda jumpa keunikan tersebut anda boleh menjual di laman Dream Stime.
4. Khidmat Kepada Peniaga Online

Ramai peniaga-peniaga online diluar sana mencari service untuk mengambil gambar-gambar product mereka untuk mereka pasarkan secara online kenapa tidak anda menawarkan perkhidmatan untuk mereka?
Mustahil

Semua perkara diatas adalah mustahil anda dapat lakukan jika anda tidak melakukan proses promosi dengan betul jadi sebagai langkah pertama anda mungkin boleh mulakan langkah-langkah untuk memperkenalkan diri anda bahawa anda adalah seorang photographer. Bagaimana caranya?

Facebook

Twitter

Instagram

Weechat

Gunalah sosial media ini untuk memperkenalkan diri anda,mungkin kami akan berikan anda tips dan langkah bagaimana anda boleh mencipta brand awareness dengan social media di hari yang lain.

Akhir Kalam perkara utama adalah minat jika anda minat anda akan lihat seribu satu cara bagaimana anda boleh hidup dengan mengunakan minat anda.

Sumber: Keluarga / rencahrasa

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini