Tiga Ucapan Malaikat Untuk Mereka Yang Setia Istiqamah Di Akhir Hayatnya

Apabila seseorang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik, tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu, dan nekad untuk menjadi manusia yang jauh lebih baik, itu tandanya dia sudah kembali kepada fitrahnya sebagai manusia hamba Allah s.w.t.

Untuk mengekalkan keinginan hati untuk berubah, anda perlu istiqomah dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Orang zaman sekarang terlalu suka menilai manusia lain dari luaran sahaja. Jika anda berubah, nanti dikatanya anda saja hendak menunjuk baik.

Kadang-kadang hati inginkan dorongan untuk terus berubah, tetapi hanya yang benar-benar kuat hatinya akan berjaya mengharungi ujian-ujian Allah s.w.t.

Kuatkan hatimu wahai saudara islamku, disini ada satu perkara yang hendak dikongsikan, dan moga ia memberi sedikit semangat kepada anda untuk terus istiqomah. Tiga ucapan malaikat untuk mereka yang setia istiqomah si akhir hayatnya.

Allah ta’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

? “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Rabb kami adalah Allah’ kemudian mereka ber-istiqomah (meneguhkan pend1rian sampai akhir hayat), maka malaikat akan turun kepada mereka (seraya mengatakan): Janganlah kamu merasa takut, janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” [Fushshilat: 30]

➡ Asy-Syaikh Al-Mufassir Abdur Rahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata,

يخبر تعالى عن أوليائه، وفي ضمن ذلك، تنشيطهم، والحث على الاقتداء بهم، فقال: {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا} أي: اعترفوا ونطقوا ورضوا بربوبية الله تعالى، واستسلموا لأمره، ثم استقاموا على الصراط المستقيم، علمًا وعملا فلهم البشرى في الحياة الدنيا وفي الآخرة.

{تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ} الكرام، أي: يتكرر نزولهم عليهم، مبشرين لهم عند الاحتضار. {أَلا تَخَافُوا} على ما يستقبل من أمركم، {وَلا تَحْزَنُوا} على ما مضى، فنفوا عنهم المكروه الماضي والمستقبل، {وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ} فإنها قد وجبت لكم وثبتت، وكان وعد الله مفعولا

? “Allah ta’ala mengabarkan tentang para wali-Nya, untuk menyemangati mereka dalam beramal shalih dan memotivasi manusia untuk meneladani mereka, maka Allah ta’ala berfirman, ‘Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Rabb kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqomah (meneguhkan pend1rian sampai akhir hayat)’.

Maknanya mereka mengakui dengan hati, berikrar dengan lisan dan ridho terhadap rububiyyah Allah ta’ala dan berserah d1ri terhadap perintah-Nya, kemudian mereka ber-istiqomah di atas jalan yang lurus, yaitu di atas ilmu dan amalan, maka bagi mereka kabar gembira di kehidupan dunia dan akh1r4t.

Allah ta’ala berfirman, ‘Maka malaikat (yang mulia) akan turun kepada mereka’.

Maknanya adalah malaikat akan turun berkali-kali kepada (setiap) mereka untuk memberikan kabar gembira ketika mereka menghadapi kem4tian, mereka (malaikat) berkata;

1. Janganlah kamu merasa takut, atas perkara yang akan kamu hadapi.

2. Dan janganlah kamu merasa sedih, atas apa yang kamu tinggalkan.

Maka (dengan izin Allah) para malaikat menghilangkan dari mereka; kej3lekan dan ket4kutan terhadap apa yang telah berlalu dan apa yang akan datang.

3. Dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu, karena sungguh surga itu telah wajib dan pasti atas kalian, sedang janji Allah pasti dipenuhi.”

[Taysirul Karimir Rahman fi Tafs1ri Kalaamil Mannan, hal. 1573]

Beruntunglah anda yang masih istiqomah sehingga kini, dan memang bukan senang hendak istiqomah, namun cekalkan hati dan ingatlah bahawa ganjaran akan menanti bagi mereka yang berjaya menahan n4fsunya.

Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber: Islamituindah.com.my / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini