“Tidak Terlintas Untuk Mencari Pengganti..” -Suami Setia 3 Tahun Jaga Isteri Terlantar

Bachok: “Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.

Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terl4ntar s4kit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.

Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.

Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.

“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembed4han.

“Separuh sel otaknya m4ti disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.

“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sed1hnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.

Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.

“Sed1h memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.

“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri kom4 di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.

“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.

Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.

Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.

“Dia (Norfadila) mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.

“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.

“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.

“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.

Sumber : hmetro / oknews12

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini