Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kubvrnya Bercahaya Menjulang Ke Langit…Ini SEBABNYA

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkvburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kvbur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kvbur ini adalah kvbur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

</p >

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkvburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui kvbur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kvbur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah sim4ti dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di kvbur suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur’an.

Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur’an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur’an. Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri sim4ti.

Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang sim4ti selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.

Akhirnya isteri arw4h tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si m4ti, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur’an di atas rak, lalu dicivm dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang bvta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri sim4ti lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan t4ngis suaminya yang sangat sed1h, mendayu-dayu dengan penuh penyes4lan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukvm aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.

“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mend4kwa aku, jangan engkau menvduh aku dihadapan Tuhan diakh1r4t nanti”.

Cerita isteri sim4ti lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur’an, buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur’an kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam d1ri kita, sepanjang masa.

Sumber : Nasihatustazz / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini