“Tiada niat tipv satu Malaysia” Wanita didakwa kahwin dengan Tauke Jambu tampil jelaskan situasi sebenar

DIDAKWA menipu satu Malaysia, wanita yang dikenali sebagai Shu tampil mengakui video dia dan pelawak Tauke Jambu berkahwin itu hanya untuk iklan produk.

Tiada niat untuk menipu mana-mana pihak, Shu berkata, pengakuan yang dibuat sebelum ini hanyalah ‘kahwin’ dalam iklan berkenaan.

Malah menurut Shu, video yang memperlihatkan mereka berkahwin di sebuah masjid yang menjadi tular di aplikasi TikTok itu juga di luar kawalannya.

Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu di laman sosial.

“Kami memang kahwin tapi hanya untuk video iklan sahaja. Tak niat nak tipu netizen Malaysia.

“Perkongsian TikTok yang viral bukan daripada saya. Orang lain yang post video letak kapsyen seakan-akan saya dah Tauke berkahwin,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama pelawak Tauke Jambu menjadi bualan ramai selepas tersebar video yang mendakwa dia berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya memuat naik video sebenar di Instagram pada Jumaat lalu yang merupakan iklan produk sahaja.

Perkongsian netizen menimbulkan spekulasi.

Dalam pada itu, Shu menganggap video iklan berbentuk perkahwinan yang dilakukan mereka tidak salah memandangkan ia bukan satu gimik yang dirancang.

“Saya rasa tak ada masalah pun untuk kami buat video iklan berbentuk perkahwinan dan ia bukan satu gimik yang dirancang.

“Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu di laman sosial. Tapi ada orang lain yang berkongsi video sehingga menimbulkan salah faham.

“Orang yang yang memuat naik video berserta kapsyen yang mengelirukan itu di luar kawalan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi Mstar, Tauke dan Shu telah tampil menjelaskan hal berkenaan perkahwinan tersebut dan mengakui majlis itu mendapat restu daripada isteri pelawak terbabit.

Cuma gimik perniagaan

Selepas beberapa jam video temubual itu keluar, Tauke mengambil inisiatif mendedahkan hal sebenar dengan memaklumkan tiada sebarang pernikahan pun berlaku dan ia hanyalah gimik untuk satu produk.

Perkara tersebut dimuat naik ke Instagram peribadi Tauke dan menjawab segala persoalan netizen berhubung gosip yang bertebaran sejak beberapa hari ini.

Belum berani tambah isteri

Menurutnya, dia masih belum menambah isteri dan masih setia dengan seorang sahaja pasangan iaitu Nadia Mohd Effendi. Majlis perkahwinan dengan Shu pula hanyalah satu lakonan untuk iklan produk keluarannya.

Jadi, di akhir video penjelasan itu, Tauke maminta orang ramai agar lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai sesuatu isu viral di media sosial.

Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menc.eraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti did.akwa isterinya pada Januari tahun itu.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berp.unca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan c.urang dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Ay

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: trendingsangat