Teruja tahu boleh dapat duit dari situ, Abang Viva cepat2 nak tamatkan live di TlkTok

Populariti yang diperoleh Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dalam sekelip mata disebabkan kerja ikhlas yang dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir benar-benar mengejutkan empunya badan.

Walaupun dia tldak mengharapkan apa-apa penghargaan, namun ramai yang terharu dengan keprihatinan yang ditunjukan sehingga mendapat pujian rakyat Malaysia.

Buat live di TlkTok
Selepas mempunyai sedikit waktu rehat setelah berhari-hari membantu orang awam, Abang Viva telah berkesempatan membuat live di aplikasi TlkTok yang baru dibuat olehnya.

Dia juga masih ‘pening’ untuk membalas segala mesej yang diterima sejak viral tempoh hari.

Terus nak end live sebab nak dapat duit
Dalam pada berinteraksi dengan warganet, ada diantara pengguna Tiktok telah membantu Abang Viva dengan mengajarnya mendapatkan coin yang boleh ditukar kepada duit jika membuat live di TikTok.

Video

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah tindakannya yang segera mahu mengakhiri live tersebut kerana hendak mendapatkan duit seperti yang dikatakan pengguna TlkTok tersebut.

Ramai yang terhibur dengan tindakan spontannya dan masing-masing memuji sikap Azwan yang tetap humble walaupun sedang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Mereka semua mendoakan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan mengekalkan sikap merendah diri yang ditonjolkan.

Jawab soalan berkenaan kereta yang nak diberi

Selain daripada menjawab soalan-soalan random dari warganet, Abang Viva juga ada menyentuh perihal hadiah kereta 4×4 yang ditawarkan kepadanya oleh seorang usahawan kosmetik tempoh hari.

Menurutnya, dia masih lagi berfikir dan hari Jumaat nanti baru berpeluang bertemu wanita itu untuk berbincang sama ada pemberian tersebut bersyarat ataupun tidak kerana ramai menasihatinya untuk menerima.

Ajak ramai2 follow biar dapat duit

Jadi, melihat daripada respon orang ramai tentang tindakan murninya membantu orang ramai, kebanyakan pengguna Tiktok mengajak warganet yang lain untuk mengikuti media sosial Abang Viva agar dia boleh membuat live dan memperolehi pendapatan dari hasil live tersebut.

Untuk makluman, nama Azwan Omar viral selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya yang sedang berehat sebentar selepas membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam bencana banjir di Sri Muda dengan bot persendiriannya.

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva dan berbekalkan RM50 telah pergi ke kawasan-kawasan banjir untuk memberikan bantuan segera.

Dirinya bukan hanya mendapat pujian ramai, bahkan disebut dalam satu khutbah Jumaat tempoh hari sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan.

Sumber : omm / bulletin50times

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini