Telinga Berd3ngung Petanda Rasullulah Rindukan Kita? Ini Jawapan Mufti WP

Sejak kecil lagi, mungkin ramai diantara kita pernah dengar sekiranya telinga berd3ngung, ia menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW sedang mengingati.

Perkara seperti ini berleg4r dalam ingatan ramai orang sehingga hari ke hari ini. Namun, timbul pula persoalan mengenai kesahihan perkara tersebut.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsikan jawapan yang dapat menyelesaikan persoalan terbabit.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Rasulullah SAW merupakan insan yang istimewa dan contoh ikutan yang terbaik sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di samping itu juga, menjadi kewajipan ke atas kita untuk mencintai Nabi SAW sebagaimana ayat di dalam surah al-Taubah:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

al-Tawbah: 24

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (4zab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang f4s1k (derh4k4).”

Syeikh al-Sa’di mengatakan ini adalah ayat yang agung pada menyatakan kewajipan kita mencintai Nabi SAW melebihi segala-galanya. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 332]

Berdasarkan soalan di atas, di sini kami nukilkan terlebih dahulu riwayat yang dikatakan bahawa apabila telinga seseorang itu berdengung maka itu adalah tanda bahawa Nabi SAW sedang merinduinya.

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ اذْكُرْ بِخَيْرٍ مَنْ ذَكَرَنِي

Maksudya: “Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawa ke atasku dengan berkata: “Semoga Allah akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”

Hadith atau riwayat di atas, d1riwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (9222), al-Mu’jam al-Saghir (1104) dan juga di dalam al-Mu’jam al-Kabir (958). Tambahan pula, ia turut d1riwayatkan oleh Imam Ibn al-Sunni di dalam kitabnya ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (166). Untuk itu, di sini kami nukilkan pula pandangan ulama dalam menentukan atau menilai status hadith ini:

Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 3/76]
Imam al-Sakhawi (902 H) mengatakan sanad hadith ini adalah dhaif. Bahkan, al-‘Uqailiy menilai hadith ini tidak mempunyai asal baginya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 89]
Imam al-Fattani (986 H) menghukvm hadith ini sebagai palsu dan beliau menukilkan pandangan al-Sakhawi dan juga al-‘Uqailiy. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 166]
Syeikh Mir’i bin Yusuf al-Maqdisi (1033 H) meniali hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Mawdhu’ah, 133]
Kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith di atas adalah tidak sahih. Untuk itu, kita tidak dibolehkan atau h4ram bagi kita meriwayatkan hadith yang tidak sahih apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya.

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih dan h4ram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas. Hal ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelih4ra Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelih4ra kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini