Tayar Motor Pancit Ketika Mencari kerja, Seorang Ayah Tolak Motor Sejauh Sekitar 10 KM Sambil Anak Duduk Kat Depan

Kat bagan datoh tu dia keja2 kampung ja & pendapatan tak cukup.

Aku jumpa atas jambatan Penang hala ke pulau tadi. Bapa bersama anak 6 tahun naik moto RC lama tengah panas rembang. Dari Bagan Datoh Perak Mai penang nak pusing2 cari kerja. Anak 8 org, umoq abang ni lingkungan hujung 40an.

So aku bawak dia ke workshop dekat jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan, dah teruk sgt tayar dia. Dekat 10km++ dia tolak motor dia & anak dia duduk kat depan.

Tadi jumpa dia atas jambatan dok bawak moto suzuki rc80 tayar belakang pecah & ada budak umor 6 tahun kat depan. Aku Mintak nak tumpangkan budak tu, tp dia taknak. Mungkin dia takut aku bawak lari anak dia.

Aku mintak no hp dia, bila aku call, takda bunyi, lepas tu dia keluarkan hp dia, rupanya bateri kong. Dia guna hp brand china yg paling murah yang amat. Memang tekan pun plastik semata mata.

Aku bawak dia ke kedai moto, tukaq tayar luaq & tayar dalam, lepas tu bawak dia p makan nasi kandaq deen.

Lepas bagi no hp tu, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Mungkin dia dah penat & letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukaq tayar & belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.

Sedih betul teman dia td. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang jauh ni memang betul2 perlukan bantuan.

Sumber : mimbarraudhah

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini