Sunt1k Kolagen Demi Nak Cantik Depan Suami, Ini Hukumnya Menurut Islam.

Ramai wanita membuat sunt1kan kolagen untuk mencantikkan wajah, menghilangkan kedutan dan ingin kelihatan muda. Demi kerana ingin kelihatan cantik, wanita tidak kisah memperuntukkan sejumlah wang agar wajah dan tubuh kelihatan mempersona.

Namun apakah hukum menyuntik kolagen daripada sudut agama Islam. Ini penjelasannya.

SOALAN:

Apakah hukumnya menyuntik cecair filler (soy based collagen) ke dalam anggota tubuh badan bagi wanita, untuk tujuan perhiasan pada suaminya?

JAWAPAN:

Terdapat beberapa pendapat ulama tentang kaedah kecantikan yang diharamkan dan diharuskan oleh Syarak.

Berkata Syeikh al-Jamal dalam kitabnya Hasyiah al-Jamal `ala Syarh al-Manhaj (1/418):

وَيَحْرُمُ أَيْضًا تَجْعِيدُ شَعْرِهَا وَنَشْرُ أَسْنَانِهَا وَهُوَ تَحْدِيدُهَا وَتَرْقِيقُهَا وَالْخِضَابُ بِالسَّوَادِ وَتَحْمِيرُ الْوَجْنَةِ بِالْحِنَّاءِ وَنَحْوِهِ وَتَطْرِيفُ الْأَصَابِعِ مَعَ السَّوَادِ وَالتَّنْمِيصُ وَهُوَ الْأَخْذُ مِنْ شَعْرِ الْوَجْهِ وَالْحَاجِبِ الْمُحَسَّنِ فَإِنْ أَذِنَ لَهَا زَوْجُهَا أَوْ سَيِّدُهَا فِي ذَلِكَ جَازَ لَهَا

Maksudnya: “Dan diharamkan juga meng3rintingkan rambut, melakukan nasyr pada gigi yakni mengasah, dan menghaluskan hujung gigi, mewarnakan (rambut dan anggota badan) dengan warna hitam, memerahkan wajnah (bahagian atas pipi) dengan inai,[3] dan seumpamanya, mewarnakan hujung jari dengan warna hitam, melakukan tanmis yakni mencabut bulu-bulu di muka dan bulu kening yang berlebihan. Namun jika diizinkan oleh suaminya, atau tuannya, maka diharuskan baginya.”

Hukum menyambung rambut juga adalah diharamkan, melainkan jika menggunakan rambut sintentik dan dengan kebenaran suaminya, maka diharuskan.

PANDANGAN HUKUM

Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah bahawa hukum menyuntik kolagen pada anggota-anggota badan adalah bergantung kepada keadaan:

HARAM menyuntik kolagen pada tubuh badan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah.

Hukumnya menjadi HARUS jika bertujuan untuk mengembalikan kecantikan yang hilang, bukan akibat penuaan yang normal, tetapi berdasarkan pemakanan yang tidak sihat, peny4kit, kem4langan, kecuaian menjaga kesihatan dan seumpamanya. Ini berdalilkan hadis sahabat Nabi SAW yang bernama Arfajah yang kehilangan hidungnya akibat peperangan lalu dibenarkan Rasulullah SAW untuk dipasang hidung buatan daripada emas.

HARUS juga hukumnya jika tujuan sunt1kan kolagen adalah tujuan kecantikan dengan izin suami. Sunt1kan itu sendiri tidak berdosa kerana Syarak membenarkan bekam dan fasdu (venesectomy – pemotongan pada salur dar4h) untuk mengeluarkan dar4h yang berlebihan, yang menggunakan kaedah cucuk dan torehan, atas alasan hajat (seperti rawatan penyakit dan pencegahan).

Begitu juga Syarak mengharuskan tusvkan pada telinga bagi tujuan memasang anting-anting, atas alasan kecantikan. Syarak juga mengharuskan pengambilan makanan dan supplement tambahan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Namun sunt1kan kolagen tersebut mestilah tidak begitu ketara, melebihi khilqah ma`hudah (ciptaan atau rupa paras yang standard), sehingga boleh dianggap mengubah ciptaan Allah.

Semoga penjelasan ini akan memberikan manfaat dan menambahkankan kemesraan antara suami isteri yang menghasilkan tujuan berkelurga yang ditetapkan oleh Islam untuk saling berkasih-sayang. Wallahua’lam.

sumber: rencahrasa

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini