Sudah Book 60 Pax Makan, Tuan Kedai Luah Rasa Terkilan Apabila Cuba Hubungi Pelanggan Tersebut

 


Beberapa kali sudah kita dengar keluhan pemilik kedai makan yang di tipv pelanggan ketika mereka telah membuat pesanan dengan kuantiti yang banyak, namun tiada yang kunjung tiba.

Sekali lagi tular satu video menunjukkan 60 pax makanan yang di pesan, ‘lebur’ begitu saja apa bila keluarga yang ‘booking’ meja berkenaan langsung tidak hadir hingga kedai dah pun ditutup.

“Staff dah try call langsung tak berangkat”

Perkongsian @hsnzahsm di Tkt0k meraih perhatian ramai yang geram dengan penganiayaan yang kerap kali berlaku di bulan mulia ini.

Malahan, sehingga ke tengah malam dan lampu kedai telah di tutup menunjukkan tak lagi beroperasi, pelanggan yang ‘booking’ langsung tiada khabar dan difahamkan tidak menjawab sebarang panggilan.

“Ambik iktibar next time”

Menjengah ke ruangan k0men, rata rata netizen bengang dan berharap selepas ini para peniaga akan mengambil wang deposit atau separuh pembayaran dari yang memesan menu awal untuk berbuka.

Risau perkara sebegini terjadi lagi, mereka turut menasihatkan agar mengambil iktibar dari peristiwa kali ini.

“Lain kali ambi deposit dulu takpon half payment”

“Apa pon 70% deposit kena mintak”

“Siannya tergamak sungguh buat lagu tu”

“Wajib ambik deposit separuh”

SUMBER:HasnizaHasim/Redaksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *