New York Post memetik laporan France Blue melaporkan pasangan dari Le Havre itu membeli kucing liar baka Afrika ( Savannah Cat ) .
Beli kucing , tetapi yang tiba anak harimau . Itu kejutan yang diterima oleh suami isteri di Perancis selepas melakukan pembelian haiwan peliharaan itu menerusi platform dalam talian .
Menurut laporan itu , mereka berhasrat membeli kucing liar itu selepas melihat iklan dalam talian , dua tahun lalu .
Malah , mereka membelanjakan 7.000 Euro ( kRM34,276 ) untuk membeli haiwan berkenaan dan mahu memeliharanya dengan cara yang sah .
Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia , Harimau Sumatera adalah adalah spesies . dilindungi yang diancam kepupusan .
Namun , mereka mengesyaki ada yang tidak kena selepas menerima haiwan berkenaan sebelum mendapati ia rupanya anak harimau Sumatera .
” Di Indonesia , siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi .
Dianggarkan , hanya kurang daripada 400 ekor haiwan itu di seluruh dunia .
” Namun , masih banyak pihak yang menjual anggota badan haiwan itu ( termasuk kulit ) di pasaran gelap di Sumatera dan di negara lain di Asia , ” kata wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia .
Setakat ini , tidak dapat dipastikan dari mana asalnya haiwan itu .
Dalam pada itu , pihak berkuasa Perancis sudah menangkap sembilan individu yang dikesan melakukan operasi pemerdagangan harimau berkenaan .
Bagaimanapun , pihak berkuasa percaya anak harimau itu sebelum ini pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap .
Anak harimau itu dalam keadaan sihat dan sudah diserahkan ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut .
Sumber: sajagempak