“Suami boleh berhenti letak tepi jalan” – Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak masing-masing.
Ada ibu bapa yang memilih pendekatan yang lebih lembut namun ada juga yang menggunakan cara yang sedikit kasar di mata orang lain.

Apa pun caranya, matlamat mereka tetap sama, iaitu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai apa yang betul dan salah.

Namun sebagai insan yang mengandungkan serta melahirkan anak tersebut, hati ibu many yang tak terusik apabila melihat anaknya dimarahi serta diletakkan di tepi jalan.

Berkongsi video tersebut di media sosial, wanita itu bagaimanapun memuji suaminya yang memilih untuk bersikap tegas apabila tiba waktunya.

Bercakap kepada mStar, Nur Aziati Rahimi, 30, berkata video yang dikongsinya itu merupakan video lama yang dirakam ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kelantan.

Dia yang menetap di Bukit Rangin, Kuantan, berkata, pada masa itu anak mereka, Muhammad Abdul Qayyum Mohamad Syadam, 5, tiba-tiba meragam serta menangis sehingga mengganggu konsentrasi suaminya yang sedang memandu.

“Qayyum ni anak yang baik, selalunya dia sangat behave dan mendengar cakap, dan dia memang manja dengan kami cuma time tu dia menangis tak tahu nak apa, tak selesa la kot perjalanan lama.
“Pujuk pun dia menangis kuat sehingga mengganggu ayahnya yang tengah memandu,” ceritanya.

Mesra di panggil Azie, wanita ini berkata walaupun sudah dipujuk anaknya itu tetap tidak berhenti menangis, sehingga memaksa suaminya memberhentikan kereta.

“Perasaan saya masa dia berhenti dan membawa anaknya keluar memang berdebar, perasaan mak-mak la… walaupun tahu suami tak akan lempang ke apa, cuma dia guna cara psikologi, cuma saya sedih sebab tengok dia menangis.

“Qayyum tu jarang menangis, dia happy go lucky,” katanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Nad bersama keluarganya.

Menurut Azie, mood anaknya itu bagaimanapun bertambah balk selepas mereka kembali masuk ke dalam kereta.

“Berhenti tu dekat kawasan lepas tol, memang lapang dan tak ada kereta lain sebab suami memang alert bab keselamatan, anak-anak dia wajib pakai seatbelt dalam kereta.

“Masa dekat luar suami tanya dia nak menangis lagi tak? Nak duduk di situ atau nak masuk dalam kereta, kalau nak masuk kena diam.”Dah peluk-peluk tu elok je budak tu senyum, lepas tu buat lawak, borak-borak,” katanya.

Menurut Nad, suaminya seorang bapa yang penyayang dan cakna mengenai anak-anaknya.
Video perkongsiannya di laman TikTok bagaimanapun tldak terlepas daripada komen-komen negatlf netizen yang tidak setuju dengan tindakkan suaminya, Mohamad Syadam Mohd Pauzi, 30.

Azie bagaimanapun menegaskan bahawa suaminya seorang bapa yang penyayang serta sentiasa cakna mengenai anak-anak.

“Masa tegas dia memang tegas sungguh, apa dia cakap memang kena buat untuk memastikan anak-anak berdisiplin.
“Cara lama ada yang elok dan tak sesuai tapi kitaorang ambil mana yang sesuai untuk digunapakai sekarang,” katanya yang mempunyai dua anak.

Sumber : mstar / transformasi

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini