Simpan misai, kerja di kantin… pemuda usia 20 tahun sabar je dipanggil pakcik demi kumpul duit sambung degree

HANYA kerana memakai apron dan memiliki wajah bermisai, pemuda yang bekerja di sebuah kantin sekolah ini mendapat gelaran ‘pakcik kantin’.

Begitulah yang terjadi kepada Ahmad Aniq Yahaya, 20, yang menceritakan pengalamannya ketika membantu keluarga menguruskan kantin di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.

Jelasnya yang senang disapa Aniq, dia bekerja di situ kerana mempunyai masa lapang untuk melakukannya secara sambilan terutama setiap kali cuti semester.

“Selepas habis praktikal, saya ada kelapangan masa sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah bagi Sarjana Muda Sains Ketangkasan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Jadi saya ambil keputusan untuk bekerja di kantin sekolah.

“Saya mula bekerja di kantin sejak lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan sememangnya keluarga memang berniaga sejak saya kecil. Dengan adanya kelapangan masa sebelum sambung belajar, saya buat part time bantu keluarga,” katanya.

Menurut Aniq, tujuan asal dia bekerja adalah untuk membeli keperluan pengajian dan mengurangkan bebanan keluarga.

Mengakui dirinya bukanlah datang dari sebuah keluarga yang senang, dia menganggap bekerja di waktu lapang dapat memupuk dan mendidik dirinya agar lebih bersyukur dengan nikmat Allah.

“Kenapa saya pilih kerja di kantin sebab kerja di sana memberikan satu pengalaman hidup yang berharga buat diri. Lagi pula, saya dilahirkan dalam persekitaran keluarga bukan senang.

“Kebanyakan kawan seusia saya lebih memilih kerja sambilan dalam pusat beli belah. Tapi berbeza pula dengan saya sebab tak rasa malu malah pekerjaan macam ni memberikan saya satu inspirasi untuk belajar erti syukur dan pengajaran untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya juga belajar erti betapa susahnya orang tua mencari duit untuk anak-anak dan keluarga mereka kerana rata-rata pekerja kantin ini bukan datang daripada keluarga senang,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai video yang tular, katanya, dia sekadar mahu berkongsi tentang murid sekolah yang memanggilnya ‘pakcik’ walau dirinya baru berusia 20 tahun, .

Walaupun begitu, Aniq hanya membiarkan sahaja mereka menggelarkan dirinya sedemikian kerana menganggap gelaran tersebut sebagai tanda murid-murid menghorm4tinya sebagai individu yang lebih berusia.

Komen Netizen:

“Mereka gelarkan saya pakcik sebab itulah antara bahasa mudah untuk mereka panggil, contohnya sebelum ni mereka cakap pakcik saya nak air Milo! dan Cik nak nasi lemak satu!.

Aniq bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah.

“Perasaan saya sememangnya seronok sebab itulah cara panggilan mereka untuk menghorm4ti orang yang lebih dewasa,” ujarnya.

Video dikongsikan di TikTok itu menjadi tular sehingga meraih hampir 500,000 jumlah tontonan.

Rata-rata wargs maya terhibur dengan perkongsiannya malah Aniq sendiri tidak menyangka bahawa terdapat ramai netizen yang mengalami masalah sama sepertinya.

Sumber : mstar / lakarmedia

Perhatian! Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya mencerminkan pendirian lembaga editorial kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri

Selepas membaca, jangan lupa like, komen dan kongsi halaman Media Porta l Ya.

Jom join group ni.. Khas untuk kita share menu masing-masing.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Nak Sertai –> Klik Di Sini

Selepas membaca, jangan lupa like, komen dan kongsi halaman Media Porta l Ya.