Setelah 4 tahun belajar di luar negara, aku terk̷ejut bila dapat tahu apa yang berlaku pada mak ayah

Adik aku tempang akibat kemaIangan manakala sorang lagi adik aku ada s4kit jantung berlubang. Mak hanya surirumah, kadang – kadang dapat nafkah kadang – kadang tak dapat. Bapak gaji tak banyak 2200 sebulan tapi ada hati kahwin lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca semua. Orang panggil aku Minah. Cerita aku ni agak trag1s dan aku mohon bantuan daripada semua untuk berikan pandangan apa tindakan yang aku patut buat lepas korang dah baca cerita aku ni.

Aku anak sulung dari lima orang adik beradik. Umur aku sekarang 25 tahun. Straight to the point, waktu umur aku 17 tahun, masa tu kan tengah SPM. Waktu esoknya nak exam paper Sejarah, malam tu kant0i bapak aku ada perempuan lain.

Aku tengah selak – selak buku nak study time tu lah dengar mak ayah aku bertengk4r kat ruang tamu. Suara mak aku mer4ung – r4ung nangis. Aku pun cepat – cepat bawa adik – adik aku masuk bilik dan tenangkan dorang bahawa perg4duhan kat ruang tamu tu takde apa – apa pon.

Macam – macam yang aku dengar, “Kenapa abang buat saya macam ni?!” “Seronok ke peIuk – peluk dengan betina tu ha!?” “Jantan tak guna betul!” Air mata aku mengalir deras. Dalam hati berdoa, moga soalan yang akan masuk exam esok adalah tajuk – tajuk yang aku dah terbaca tadi.

Aku yakin lepas ni aku takde mood dah nak study. Adik – adik aku tengok je muka aku yang tersenyum kelat. Mereka ketakutan. Malam tu, mak ayah aku tidur berasingan bilik. Itulah kisah 8 tahun yang lalu. Aku ingatkan dah selesai dah kes tu.

Baru – baru ni aku balik Malaysia setelah 4 tahun tak dapat balik sebab study oversea. Aku dapat biasiswa sebab tu boleh sambung belajar. Aku ingatkan kita balik ke pangkuan keluarga ni nak happy – happy la jumpa family, tiba – tiba banyak pulak cerita yang aku baru tahu terjadi selama ketiadaan aku.

Pendek cerita, adik – adik aku bagitahu rupanya bapak aku selama ni menipu mak aku. Dia beria menidakkan tuduhan – tuduhan mak aku tu tapi hakik4tnya dia memang dah kahwin dah pun dengan perempuan yang pernah kant0i dulu tu dan korang nak tahu?

! Bapak aku siap dah ada anak luar nikah dengan perempuan tu! Terduduk menangis aku dengar cerita tu. Bapak aku ni gaji tak banyak pun, RM2200 je sebulan. Zaman kereta terbang sekarang ni mana cukup nak sara hidup dengan gaji banyak tu je.

Bayar duit rumah bulan – bulan pun dah RM500. Bayar kereta lagi RM300. Tambah tolak tinggal berapa sen je untuk perbelanjaan dapur, bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah. Kadang – kadang tu hujung bulan takde lauk apa untuk dimakan. Tapi, kenapa masih ada hati nak berbini dua?!

Dan pergerakan dia yang agak terbatas tu menyebabkan dia susah nak cari kerja dan hanya berbekalkan sijil PT3 sebab dulu ayah takde duit nak bagi dia sambung sampai SPM. Berita terkini dorang kata rumah dah tertunggak tak bayar berapa bulan dah.

Bank dah call banyak kali. Kereta dah rosak – rosak mintak dibaiki. Jiran – jiran dah pandang serong dekat bapak aku sebab ada yang pernah terserempak bapak aku tengah dating dengan betina tu. Adik aku plak s4kit jantung berlubang.

Nafkah duit pun dah tak dapat macam biasa. Kadang – kadang berkurangan jumlahnya. Kesian mak aku. Dia dah la surirumah. Mak aku bab – bab nak cuba berniaga online guna teknologi bagai ni memang tak lah sebab dia nak reply whatssapp aku pun terkial – kial tekan keyboard phone tu.

Adik – adik aku ada cakap yang dorang str3ss sangat tengok hubungan mak ayah yang dah tak bahagia macam dulu. Mereka kadang – kadang rasa nak ambik pis4u, keIar tangan. Rasa nak pergi jambatan dan t3rjun. Rasa nak berdiri tengah jalan dan kena Ianggar dengan lori. Tapi, nasib baik diorang masih ada iman.

Mak aku dah banyak kali mintak cerai tapi bapak aku tetap kata dia tak akan ceraikan. Konon kata dia masih sayangkan mak aku. Mak aku pernah ajak adik – adik aku nak pergi satu tempat yang sangat jauh. Tempat yang semua orang tak tahu, dia nak tinggalkan bapak aku.

Tapi, hadir rasa kesiankan nasib anak- anak bila hidup tak berbapa nanti. Jadi, mak aku tahankan juga. Aku ada terdetik, nak bawa mak aku pergi pejabat agama untuk failkan perceraian. Tapi nanti aku terfikir pulak, dengan status aku yang belum bekerja and mak aku pulak surirumah jadi nanti nak makan apa kalau dorang dah bercerai.

Kalau aku nak suruh mak ayah aku supaya kekalkan je hubungan ni sampai bila – bila. Jangan pernah bercerai walau apa pun terjadi. Tapi kesian plak dekat mak aku nanti asyik makan hati je dengan per4ngai b4ngang bapak aku tu.

Pernah juga terfikir nak bawa mak aku and adik – adik balik kampung je duduk dengan nenek aku. Tak perlu fikir pasal bapak aku tu. Ataupun sebenarnya bapak aku dah terkena sih1r guna – guna oleh perempuan tu jadi aku kena bawak ayah aku pergi jumpa ustaz untuk buang sih1r tu. Tapi entah la, AKU BUNTU! TOLONG! – Minah Kental (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syafiqah Rosli : Take care of ur mom. Doa ibu is the best thing in the world. Believe me. Yang penting redha mak kau. Tak payah nak nangis lama – lama meratap sedih, buat s4kit hati je dan tak berkembang pun. Takde orang yang akan tolong kau melainkan kau tolong diri sendiri.

Muhammad Firdaus : Kamu yang kena bawa mak kamu ke pejabat agama, hak mak kamu untuk bahagia dik, jangan kerana kamu tak nak mak ayah bercerai, kamu biarkan mak kamu mend3rita, soal duit itu pula tak perlulaa fikir sangat, sebab kamu akan kerja.

Takkan tak de simpanan, lagipun nafkah adik beradik tu ayah kamu kan masih kena bagi, rezeki dalam dunia ni luas, kalau masa kahwin pun kamu sendiri cakap bab nafkah ayah kamu pun dah start culas, isu nya sekarang, kamu nak bawa mak kamu ke pejabat agama utk failkan fasakh atau tidak je.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: mehbaca