Seorang maut, lima selamat bot terbalik di Tanjung Dawai

ALOR SETAR – Seorang pemancing lemas manakala lima lagi selamat apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai di sini pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu mangsa, Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38, yang memakai jaket keselamatan ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

Menurutnya, lima mangsa selamat ialah tekong bot, Che Roslan Hashim, 49, bersama empat kru, Mohd Firdaus Zainal Abidin, 36, Engku Mohamad Farizam Fadilah, 19, Zulkifli Ahmad, 45, dan Hafizul Ajis Samsudin, 31.

“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) pada jam 11.35 pagi selepas menerima panggilan daripada pemilik bot terbabit, Mohamad Amirul Asyraf sekitar jam 11.15 pagi mengenai insiden.

“Pemilik bot turut memaklumkan seorang daripada mangsa telah hilang seterusnya Bot Perkasa 1221 Maritim Pulau Pinang dan bot Perkasa 1226 Zon Maritim Kuala Kedah telah diatur gerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Noor Azreyanti berkata, pihaknya kemudiannya menemukan bot berkenaan dalam keadaan terbalik manakala semua mangsa ditemui memakai jaket keselamatan termasuk mangsa yang lemas tersebut.

“Susulan itu, mangsa yang meninggal dunia dibawa balik ke Jeti Tanjung Dawai untuk proses sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau memberitahu, seorang mangsa yang cedera ringan oleh dibawa bot nelayan tempatan ke jeti berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut manakala empat lagi mangsa dibenarkan pulang.
Artikel Penuh :

sumber: sinarharian

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini