“Seolah-olah tahu ajalnya..”- Upload gmbar kucup jen4zah di Instast0ry sebelum mavt kemal4ngan

Seorang pelajar tingkatan dua seolah-olah dapat mengetahui akan ajalnya apabila dia memuat naik sekeping gambar jenazah sedang dikucup di dalam Instagramnya sebelum dia meninggal dunia.

Mangsa, Mohamad Hairul Sulam, 14, maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Kluang Perdana di sini.

Remaja itu memuat naik status tersebut beberapa jam sebelum motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangnya ter­babas di persimpangan lampu isyarat di taman tersebut.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa mangsa, Sulam Surip, 47, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan te­lefon daripada nombor yang tidak dikenali pada pukul 8.50 malam.

“Semasa menerima panggilan itu, saya sedang memandu lori di Melaka dan menghubungi isteri (Hamidah Abdul Kadir) bagi bertanyakan mengenai kesahihan berita tersebut.

“Selang beberapa minit kemudian, isteri menghubungi semula dan mengesahkan anak kami maut kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini semalam.

Sulam memberitahu, dia dan keluarganya reda dengan pemergian anaknya walaupun arwah begitu rapat dengannya.

Arwah merupakan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik dan kali terakhir Sulam bertemu dengan arwah anaknya kira-kira dua minggu lalu.

“Biasanya, jika pulang ke rumah arwah sudah tidur. Dia seorang anak yang baik dan pendiam, namun ada masa kami bergurau.

“Sebelum kejadian, dia sempat mengemas kini gambar jenazah dengan kain kapan sedang dikucup seseorang dalam InstaStory,” katanya.

Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan di sini selepas selesai bedah siasat.

Dalam pada itu, Sulam me­rayu mana-mana individu yang menjumpai telefon bimbit mang­sa jenis Iphone 7Plus supaya mengembalikannya semula kerana tiada di lokasi kejadian.

sumber: mysumbermaya

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini