Selepas 20 tahun aku duduk rumah kebajikan, sekarang baru tahu yang ayah sebenarnya buang aku dengan duit RM50, bukan mak. #Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, apa yang aku tulis ni ialah sebuah tulisan tentang perjalanan aku mencari asal usul aku. Selain itu, sebagai nasihat untuk adik – adik dekat luar sana yang sama situasi macam aku.
Sekarang ni tak kira twitter, Facebook atau TikTok ramai anak – anak yang membesar tapi ibu bapa cuba untuk mencari ibu bapa mereka kembali sebab zaman internet dah maju jadi makin senang mencari. Aku pun sama.
Umur 4 tahun aku ditinggalkan dekat rumah kebajikan setakat ada sehelai surat beranak, gambar seorang wanita yang aku percaya mak kandung aku dan duit dalam 50 ringgit. Aku pun membesar setiap hari asyik tertanya – tanya mana mak dan ayah aku.
Bila aku membesar dekat sini kawan aku ada yang diambil jadi anak angkat. Aku sebenarnya terlalu cemburu. Dalam hati asyik tertanya – tanya tak ada ke ibu bapa yang nak ambil aku jadikan anak mereka. Sambung belajar dekat IPTA kali ni aku agak cemburu sebab semau datang hantar ada mak ayah mereka naik kereta balik tu ciuum tangan peIuk.
Aku pula datang bawa barang ala kadar dan naik bas. Bila dah habis belajar start kerja. Aku waktu ni ada satu obsesi nak cari keluarga kandung aku nak trace balik asal usul aku. Sebelum ni aku macam anggap diorang tak sayang aku jadi aku tak cari.
Fikir punya fikir. Aku pun try cari kedai yang paling lama dekat kawasan tu. Kedai runcit ke, kedai makan. Aku jumpa satu kedai makan bila aku tanya kawasan tu memang kedai tu dah lama betul. Aku sembang tanya siapa paling lama kerja dekat sini.
Ada makcik ni, aku pun kasi warming up dulu lepastu tanya “makcik saya ni sebenarnya nak cari orang ni dah lama tak jumpa ini nama dan gambar dia makcik kenal tak?” Bila dia belek punya belek hampa dia tak kenal. Aku akhirnya macam terfikir something dan pergi balik flat tadi dan tanya ketua blok tu dia tahu tak yang orang tinggal dekat rumah tu dulu kerja apa.
Dia cakap tak ingat tapi datang isteri pakcik tu dia cakap kerja kilang yang bini dia tapi suami dia tak tahu kerja apa. Kilang biskut lama. Aku pun pergi kilang tu tapi sayang dah jadi kilang jual jajan muruku tu semua aku jumpa supervisor dalam tu dan akhirnya dia kenalkan aku seorang makcik ni dah kerja lama dari kilang lama.
Aku borak dengan dia dan tunjuk gambar dengan nama lama juga dan akhirnya makcik tu cakap kenal “oh tak ingat sangat tapi dia ni yang duduk dekat flat hujung tu kan” aku macam terus excited sebab aku tak bagitahu pun yang dalam gambar tu duduk dekat flat.
Aku tanya makcik kenal dan tahu tak dekat mana dia tinggal. Dia cakap dah berhenti lama dia ni tahu tinggal situ pun sebab dulu sebab van kilang ambik dekat flat tu. Tak rapat tapi dia kenal orang yang rapat. Aku dapat satu nombor telefon.
Aku call tanya perlahan – lahan dia pun cakap, “cari Ina ke?” Aku pun angguk iya yang kerja kilang dan duduk flat sekian – sekian. Lagi sekali hampa dia cakap last jumpa Ina ni dah lama sangat. Dia pun tak tahu mana Ina pergi.
Aku tanya dia ada tak kenal sesiapa yang tahu mana Ina tu sekarang. Jawapan dia tak ada sebab dah lost contact. Aku pun drive balik ratus kilometer dengan perasaan hampa sekali. Give up sebab tak tahu nak mula dari mana pula.
Tapi lepas sebulan tu. Aku macam entah kenapa stare dekat gambar tu aku teringat dekat kawasan rumah flat tu ada satu kedai gambar lama. Aku macam orang giIa drive. Pergi sana kedai gambar tu. Aku cakap dengan auntie yang dekat situ boleh tak tolong cari nama sekian – sekian dalam buku log sebab kalau dulu hantar gambar nak cuci mesti ada macam list.
Dia cakap banyak susah cari. Tapi lepas aku cerita dari awal. Baru auntie tu dia mencari. Aku dengan auntie tu lepas berejam cari dan jumpa nama lelaki yang dalam surat beranak aku. Dapatlah nama siap nombor telefon.
Aku apa lagi call dan nervous dia tu lain macam sebab panggiIan tu masuk dan ada orang angkat. Aku pun tanya ini encik sekian bin sekian. “Ye ni saya nak cari siapa ye?” Aku pun kenalkan diri nama penuh siap bin sekali. Dia terdiam dia tanya aku dekat mana.
Aku pun jawab ada dekat (aku tak bagitahu yang aku ada dekat lokasi kawasan rumah lama dia) aku pun cakap dengan dia nak jumpa sekejap boleh tak. Dah dapat alamat aku pun pergi. Auntie kedai gambar tu tanya aku dapat tak. Aku jawab dapat.
Dia tepuk bahu aku sambil cakap “takpe u pergi jumpa u punya ayah tu nanti wa jumpa wa k3tuk sama itu punya kepala” aku cuma mampu gelak je. Aku pun cakap dengan dia terima kasih sambil ambik satu gambar yang siap terus.
Lepas satu jam drive aku jumpa lelaki yang nama dia tertera dekat sijil lahir aku. Tempat yang aku jumpa ni kedai makan dia. Dia tanya nak makan apa. Aku pun reject dan terus straight forward tanya kenapa. Aku cuma tanya itu je. Kenapa?
Lepas dah lama diam, dia pun bercerita. Asalnya dia ni dari negeri lain. Lepastu dia berkahwin dengan seorang wanita mak aku dan akhirnya pindah ke Johor. Alasan dia sebab nak jauh dari saud4ra mara. Akhirnya isteri dia pregnant dan bersalin.
Lepas umur dalam 3 tahun nak masuk 4 tahun. Isteri dia iaitu ibu kandung aku meninggaI dunia. Aku waktu ni agak terk3jut juga. Waktu ni urusan jen4zah semua dekat rumah saudara dia jadi yang jiran duduk flat atau kawan mak aku yang kerja kilang tak tahu dia dah meninggaI.
Kemudian dia teruskan hidup macam biasa dan baru beberapa bulan dia putus asa. Waktu ni dia minta maaf dekat aku sebab dia tak larat penat dan buntu. Jadi dia bawa aku naik bas letak segala benda penting dan duit dan tinggalkan aku dekat rumah kebajikan yang beratus kilometer.
Aku pun tarik nafas dalam – dalam rasa sedih kecewa dan marah. Jadi aku tanya mana kubvr arwah dan saudara mara arwah tak tahu ke. Dia cakap saudara mara dia tak tahu. Aku bila dengar tu marah. Arwah ada mak ayah dan adik beradik tapi dia meninggaI pun tak tahu.
Aku pun suruh kasi tunjuk kubur arwah biar aku pergi sendiri. Ingat lagi pergi dalam waktu petang juga. Menangis juga dekat situ. Sebab selama ni aku anggap mak aku yang buangkan aku. Rupanya mak aku sendiri dah tak ada dan ayah aku yang buang aku jauh.
Lepas duduk dalam sejam selesai baca yassin bersihkan mana yang patut akhirnya aku datang balik jumpa lelaki tadi. Aku tanya dia ada tak contact number saudara mara arwah? Dia cakap tak ada tapi dia boleh bagi alamat.
Aku pun okay ambil alamat. Waktu tu dah malam dia ajak aku tidur rumah nampak lah dia ada isteri lain dengan anak beranak, tapi aku tolak. Bagi aku inilah yang pertama dan terakhir aku cuma nak tahu asal usul aku.
Aku pun dari Johor pergi drive ke pahang dengan tak cukup tidur, dengan menangis dalam kereta dengan kerja berapa hari cuti. Aku terp4ksa stay dekat hotel ni dan tidur dulu esok pagi baru keluar cari dan selepas berejam akhirnya jumpa.
Sebab alamat dia lengkap dan nama sekali. Aku pun ketuk dan bagi salam keluar. Keluar lah atuk ni dia jawab salam tanya nak cari siapa. “Assalamualaikum tuk ni rumah sekian – sekian ke?” Atuk jawab “iya inilah rumah aku lah ni” aku pun kenalkan diri nama penuh dan anak siapa.
“Allah anak Ina ke ni Allah” banyak kali atuk tu mengucap sampai terduduk dia dekat lantai. Aku pun terk3jut juga lepastu angkat dia duduk dekat kerusi luar rumah. Datang nenek ni dia cakap “ya Allah bang kenapa?” Dia pandang aku sambil usap tangan aku cakap “Anak Ina ni mah anak Ina”
Nenek tu pun pegang tangan aku sambil cakap “Ya Allah anak Ina ke?” Sambil peIuk aku. Aku pun waktu ni mengalir juga air mata. Lepas dah bertenang semua aku suruh diorang duduk. Atuk dengan nenek aku suruh masuk dalam rumah. Aku pun cerita dari A-Z.
Nenek aku situ menangis bila dapat tahu anak dia Ina dah meninggaI. Lepastu dia urut lengan aku cakap, “Ya Allah cucu aku duduk sorang bang Allah” lama sesi bercerita dengan air mata. Atuk dengan nenek aku siap minta maaf lagi, dia cakap tak tahu yang aku terpaksa duduk membesar dekat rumah kebajikan anak – anak yatim.
Lepastu dia suruh aku makan sambil tu dia cerita lepas mak aku kahwin diorang tak tahu mana dia duduk. Dia tak kasi tahu, jadi diorang tak dapat berita. Tak tahu dia sihat ke tidak. Atuk aku ni call anak dia. Suruh diorang ni balik ada benda penting.
Malam tu aku duduk situ makan dan solat. Sedih bercampur gembira. Esoknya datang adik beradik arwah mak aku. Tak ramai dalam 4 orang. Arwah mak aku rupanya anak no.2. Ada 4 perempuan 1 je lelaki. Lepas kongsi cerita, semua nangis. Makcik aku dia cakap nak saman ayah aku.
Aku terkejut juga sebab sebelum ni tak terfikir nak ambil tindakan undang – undang ke apa. Tapi aku reject aku cakap biar habis sini. Akhirnya esoknya kami semua pergi Johor pergi kubvr arwah baca Yassin ramai – ramai.
Habis tu tidur hotel semalam kami semua balik. Sampai sana makcik aku bagi sampul yang dalam dia ada duit. Dia cakap dekat aku selama ni aku hidup susah tak ada orang tolong saudara mara hidup tak cari dan tolong aku.
Dia cakap nak ulang masa segala macam tak boleh, dia cuma boleh kasi duit. Aku reject, tapi nenek aku cakap ambil kalau tak diorang rasa bersalah. Aku pun lepas 2-3 hari duduk situ, aku pun balik. Disuruhnya aku balik kampung waktu free.
Balik rumah tu bila check duit tu banyak, ada dalam 10 ribu ringgit. Selang sebulan makcik aku telefon minta nombor akaun dia masukkan lagi RM10 ribu.. Aku cakap banyak sangat. Tapi dia cakap duit ni dari ayah aku rupanya.
Makcik aku diam – diam dia pergi kedai makan yang aku bagitahu kedai bekas suami arw4h ibu aku. Dia cakap ini pamp4san, nanti dia minta lagi. Sejak haritu setiap kali puasa dan raya, aku mesti balik kampung. Selalu hujung minggu ke apa pergi rumah makcik aku sebab diorang rumah dekat kawasan aku kerja je tak jauh.
Waktu aku kahwin pun awal tahun ni keluarga mak aku aku yang sponsor dari A-Z. Dia cakap aku cuma fokus untuk baju kahwin je. Dari dewan dan makan – makan diorang uruskan. Walaupun ayah aku buang aku, tapi Alhamdulillah keluarga arw4h mak aku terima aku sayang aku dan peIuk aku. Kepada adik – adik dekat luar sana nak mencari asal usul memasing ingat kena kuatkan diri dan tabah. – Adam (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nurin Suyanida : Sedih perjalanannya tapi Alhamdulillah beautiful story. Banyak pengajarannya. Kuatnya seorang Adam ni. Tahniah walau apa yang jadi tetap usaha untuk cari. Akhirnya terjawab segala persoalan. Mana tahu melalui pencarian Adam ni jugaklah terjawab persoalan keluarga ina tu. Semoga Adam dan family terus bahagia..
Nur Atiqah : Sedihnya. Sampai hati ayah dia pisahkan isteri dan keluarga dia. MeninggaI dunia pun tak inform. Alhamdulillah akhirnya pengakhiran yang baik bersama atuk dan nenek beIah arwah mak walaupun lewat sedikit.