‘Selamat tinggal Pakcik Mi..’ – Bapa saudara jalani kuarantin ditemui meninggal bersendirian

JOHOR BAHRU: Seorang pesakit COVID-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir di Tangkak, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.48 pagi.

Beliau berkata kematian pesakit itu, Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya ketika menghantar bekalan makanan apabila menemukan mangsa yang dipercayai tinggal seorang diri di rumah berkunci itu, tidak sedarkan diri.

“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini masih belum disentuh, menyebabkannya bertindak menjenguk melalui tingkap dan menyedari bapa saudaranya sudah terbaring.

“Anak saudaranya kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada bomba untuk melihat keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa positif COVID-19 dan telah meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat positif COVID-19.

sumber: wowberita

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini