Selain Cirit Birit, Rupa-Rupanya Air Garam ORS Boleh Juga Rawat Kaki ‘Cr4mp’.

Setiap kali cirit-birit atau muntah-muntah, mesti akan ke farmasi untuk dapatkan air garam. Selain merawat cirit-birit dan muntah-muntah, air garam juga mampu rawat dan elakkan kekejangan otot ketika bersenam. Jadi, ini penjelasan doktor tentang kebaikan air garam untuk rawat kekejangan.

AIR GARAM

Ramai yang menggunakan air garam ini untuk masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk masalah kaki kejang(Kaki cr4mp). Secara spesifiknya ia digunakan untuk masalah Kaki cr4mp yang berlaku SELEPAS atau SEMASA MELAKUKAN SENAMAN.

CR4MP BOLEH BERLAKU JIKA PENGAMBILAN AIR KOSONG YANG BANYAK

Seseorang yang melakukan senaman mempunyai kemungkinan untuk berlakunya cr4mp terutamanya jika dia mengambil air kosong dengan jumlah yang banyak pada ketika itu.

Ini disebabkan ketika bersenam, badan kita berpeluh dan ia mengeluarkan garam-garam dan air daripada badan kita. Apabila kita mengambil air kosong terutamanya air RO(reverse osmosis) yang tidak mempunyai elektrolit di dalamnya, ia akan menyebabkan darah kita menjadi kurang pekat. Bermaksud kepekatan elektrolit di dalam badan kita menjadi kurang.

Ini akan sedikit sebanyak mengganggu fungsi otot yang boleh berakhir dengan kejang otot. Selalunya orang yang kejang otot selepas bersenam, susah sedikit akan hilang kejangnya berbanding orang yang kejang otot disebabkan salah posisi badan.

MINUMAN AIR GARAM BOLEH KEMBALIKAN KEPEKATAN ELEKTROLIT DALAM DARAH

Tetapi jika anda memberinya minuman ORS ini, ia akan mengembalikan kepekatan elektrolit di dalam darah dan mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Jadi setelah senam, elakkan daripada minuman air kosong yang terlalu banyak. Disyorkan minum air mineral kerana air mineral mengandungi sedikit sebanyak elektrolit. Jika kejang berlaku, boleh cuba minum ORS ini untuk membetulkan semula elektrolit dalam badan. Kalau tiada ORS, minum minuman yang berelektrolit pun tak mengapa.

Sumber : siraplimau / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini