Sel̷ama ni saya sorok semua mesej mak, bila suami terbaca hati dia terus tawar hati

5 tahun kami suami isteri duduk dengan mak. Suami selalu borak dan bergurau dengan mak dan mak pun nak seronok berbual dengan suami. Tapi esoknya mak akan mesej saya tentang suami. Saya cuba sorokkan mesej – mesej mak dari suami, sehinggalah satu hari suami terbaca mesej tersebut…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga Fb. mohon admin hide profile saya ya, terima kasih admin. Saya nak cerita tapi malu tapi tetap kena cerita jugak sebab dalam kekeliruan yang amat sangat. Saya dah hampir 5 tahun menikah dan ada anak kecil sorang.

Saya, suami dan anak tinggal di rumah mak saya sebab mak saya balu dan berumur 50 tahun ke atas. Saya dan suami tiada apa – apa masalah tapi suami dan mak saya yang ada masalah. Puncanya adalah dari mak saya. Mak saya cemburu bila saya rapat dengan laki saya atau saya rapat dengan anak saya ataupon orang luar sekali pon.

Dia akan marah, dia akan meng4muk, akan menjerit. Saya ada kakak, dia tinggal di luar negeri tapi mak saya tak nak tinggal dengan dia walaupon akak nak jaga dia. Dia lebih suka tinggal di rumah dia sendiri. Saya tak tahu macam mana nak cerita, tapi setiap kali kami laki bini anak keluar, dia akan marah saya melalui mesej.

Padahal saya laki bini selalu ajak dia tapi dia yang tak nak. Apa sahaja yang kami laki bini buat, ada je tak kena. Kami buat salah, kami tak buat pon salah. Kami tolong salah, kami tak tolong pon salah. Puncanya dia cemburu sebab saya dah nikah.

Masa saya terbahagi pada anak laki dan mak, saya cuba berlaku adil pada mak dan anak suami tapi tetap dia merasa saya lebihkan suami dan anak. Banyak mesej yang mak saya bagi dan kebanyakannya menggunakan kata – kata kesat dan kata – kata yang mempunyai unsur amarah pada saya dan suami.

Dan ditakdirkan satu hari suami terbaca mesej – msej mak saya dan hati dia terIuka. Kali pertama dia terbaca, dia memaafkan walaupon sesekali mak berkumpul dengan kami laki bini sebab mak suka berkurung dalam bilik tapi suami anggap macam tiada apa – apa.

Dia bergurau dengan mak, mak saya pon nampak macam terhibur tapi esoknya dia akan mesej saya marah – marah mengatakan suami saya memerIi dia. Padahal tiada satu ayat yang menunjukkan suami memerIi dia dan mak saya akan tak setuju dengan semua apa yang laki saya katakan.

Ada je yang dia tak suka dan persoalkan tapi suami tahu mak saya tak terima dia dan alhamdulillah dia mampu bertahan duduk di rumah mak saya. Tapi sekarang dah masuk tahun ke lima, suami ibarat tawar hati, bukan suami saya sahaja tapi saya jugak ibarat patah hati.

Derh4ka ke saya sebagai seorang anak?? Suami ambil keputvsan untuk pindah untuk redakan keadaan. Mungkin mak saya akan terima diri dia. Saya pon terfikir untuk pindah tapi mak saya menghaIang, dia kata saya derh4ka pilih suami berbanding diri dia.

Anak pulak sangat rapat dengan ayah dia. Saya tak sanggup pisahkan anak dengan ayah mereka sebab saya rasa kehilangan tanpa kehadiran seorang ayah saya tahu betapa s4kitnya rasa tu mak ibarat menyuruh saya bercerai tak pon duduk asing dengan suami.

Tapi saya pernah buat, suami pergi bekerja di daerah lain selama beberapa hari dan suami saya tak dapat nak video call saya dan anak sebab saya terlalu takut mak memarahi saya dan menjerit memarahi saya. Allah, apa yang perlu saya buat?

Bila saya ambil keputvsan nak pindah, orang sekeliling kata saya lupa jasa mak, mengata saya anak derh4ka tapi mereka tak berada di situasi saya dan sekarang bila mak saya kata derh4ka sebab nak pindah. Orang – orang sekeliling saya kata saya derh4ka dan ada yang mintak saya bertahan lagi.

Saya tak kuat. em0si suami pon terganggu. Suami cakap dia da penat buat baik tapi tak diterima. Malah dih2na dicaci. Saya ingat lepas saya nikah masalah akan selesai tapi bertambah buruk. Salah ke jalan yang saya pilih. Saya harap anda sekalian tolong jangan kecam saya.

Saya tahu saya bukan anak yang baik, saya mohon kata – kata nasihat, saya mohon kata – kata semangat. Tolong berikan kata – kata yang baik. Saya dah penat hadap kata – kata cacian, kat a- kata m4kian sepanjang 25 tahun saya hidup sampai satu saat saya terfikir, patut ke saya akhiri kehidupan saya dan pergi kepada ayah. Tapi saya fikir saya takkan di terima Allah mahupon syurga. Saya bertahan hanya kerana anak.

Komen Warganet :

Seri Rumini : Bila seorang anak perempuan berkawin..taat dan patuh hanya pada suami. Tapi tidak bermakna kena abaikan emak. Duduk asing langkah bijak untuk kebahagian rumahtangga. Dalam masa yang sama rajin lah datang melihat emak.

Sikap emak tak akan berubah. Awak sebagai anak kena bijak menangani dan banyak bersabar. D0sa pahala Allah yang tentukan. Sebagai anak dan isteri buat saja ikut kemampuan. Selebihnya serah pada Allah. Allah tahu keikhlasan hati awak. Semoga Allah permudahkan.

Sue Suziana : Awak dapat suami yang baik.. bertuahlah. Bayangkan bukan dia suami awak, entahlah mungkin dah lama bercerai. Kat sini masalahnya ibu awak. Dia ada masalah jiwa. Ibu yang normal takkan terjerit – jerit marah anaknya hanya kerana anaknya bahagia dalam rumahtangga.

Cuma susah jika ibu awak tuduh awak anak derh4ka bila awak takmau ikut cakap dia. Masa depan awak tersekat disebabkan masalah jiwa ibu awak ni. Berdoalah pada Allah supaya dikurniakan jalan keluar dari masalah ini. Ditelan m4ti emak. Diluah m4ti bapak. Dikemam sendiri m4ti. Semoga awak ditemukan jawapan yang terbaik.

Siti Harnani : Kamu bukan anak derh4ka. Mak kamu yang ada masalah. Jangan bercerai. Pindah rumah lain tapi dekat dengan mak. Dan selalu laa jaga mak walau dia m4ki macam – macam. Taat pada suami. Cerai bukan jalan penyelesaian sebab ibu kamu macam tak normal atau ada masalah yang terp3endam. Masalah kehidupan lampau dia.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: mehbaca