Muar: “Adik sudah tiada dan saya berharap pelaku muncul,” kata Azry Een-Shezliana Ayob, 25, kakak kepada Allahyarham Muhammad Faiz, 21, disyaki mngsa Ianggar lari yang menghmbus nafas terakhir semalam selepas tiga hari bertarung nywa di Unit Rwatan Rapi (ICU), Hspital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.
Remaja terbabit disahkan mninggal dunia pada jam 8 malam akibat kecederaan dalaman selain luka di kaki selepas mot0sikal dinaiki disyaki dirempuh sebuah kereta jenis Perodua berwarna ungu gelap.
Azry berkata, selepas kmaIangan berlaku pada petang Isnin lalu, tiada seorang pun dapat mengecam nombor pendaftaran, malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak dapat membantu mengesan kereta itu.
“Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi cuma terkilan kerana peIaku sampai sekarang tidak muncul. Kami bukan mahu mencari gaduh, tetapi sekurang-kurangnya dia datang menjenguk walaupun adik saya sudah tiada.
“Pada hari kejadian, ada seorang saksi nampak adik dirempuh dan terpelanting tepi jalan raya tetapi dia tidak sempat mengecam nombor pendaftaran kerana mahu memberi bantuan,” katanya ketika ditemui.
Menurut Azry, pada hari kejadian, adiknya masih mampu bercakap dan sempat memberitahu dia mengalami kesakitan di dada.
“Doktor kemudian membawanya ke ICU sebelum dia ditidurkan, malam tadi (semalam) kami dimaklumkan adik sudah tiada,” katanya.
Dalam kejadian jam 3 petang, Muhammad Faiz menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari arah Paya Panjang menghala ke pekan Bukit Pasir, dirempuh sebuah kereta tetapi pemandunya terus melarikan diri.
Kemalangan itu menyebabkan Allahyarham parah di dada dan dimasukkan ke ICU.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, nombor pendaftaran dan motosikal ditunggang mangsa akan dihantar ke forensik dalam usaha untuk mengesan pelaku.
Katanya, langkah itu dibuat memandangkan tidak ada saksi yang nampak bagaimana kemalangan itu berlaku.
“Kami masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.
Sumber : hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page DetikKiniViral.Net Ya.
PERHATIAN: Pihak DetikKiniViral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.