Sekiranya Benar Dia Untukku, Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku

Jodoh itu adalah rahsia ALLAH S.W.T, kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yang akan menentukan jodoh pertemuan kita.

Jangan bersedih hati seandainya cinta yang terjalin akhirnya putus di tengah jalan, mungkin saja itu hanyalah satu ujian buat anda berdua. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Jangan bersangka bvruk terhadap ALLAH S.W.T kerana apa yang sudah tertvlis adalah yang terbaik untuk anda. Berdoa lah agar didekatkan hati anda berdua sekiranya dia benar-benar adalah jodoh anda.

Dan sekiranya sebaliknya berlaku, jangan bersedih hati kerana mungkin pasangan anda bukanlah yang terbaik untuk anda dan akan ada jodoh yang lebih baik menanti. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya. janji ALLAH S.W.T itu pasti.

Jika sudah tertvlis jodoh anda dengan si dia, sejauh mana pun jar4k antara anda berdua, pastinya nanti akan bertemu dan bersama juga. tetapi jika sudah tertvlis bahawa tiada jodoh antara anda berdua, usahalah bagaimana sekalipun pastinya tidak akan bersama.

Memang sangat s4kit rasanya apabila berp1sah dengan orang yang kita sayang dan cintai, apatah lagi jika cinta itu sudah lama disemai dan akhirnya berp1sah. Pasti ada hikmah disebalik perp1sahan tersebut, Berfikirlah secara positif dan kawal perasaan anda.

Sabar dan ikhlas dalam menjalani ujian ALLAH S.W.T, ianya menguji tahap kesabaran dan juga ketabahan anda. ALLAH S.W.T tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umatnya.

Percayalah! Anda mampu harunginya, berdoalah supaya anda dapat menerima segala ujian dengan penuh rasa redha. Dengan menerima ketentuan dan redha dengan apa yang berlaku, hati anda akan mudah merasa tenang.

Cara terbaik untuk anda mengubati hati anda ialah dengan mendekatkan d1ri dengan ALLAH S.W.T, mungkin ALLAH S.W.T merindui rintihan dan tangisan dari hambanya dan sebab itu anda diberi ujian sedemikian. Luahkan segala rasa yang terpendam dan berserahlah kepada-NYA.

Jalani kehidupan anda seperti biasa, bangkit dari kesedihan dan jangan disebabkan cinta yang tidak kesampaian itu membuatkan anda berputus asa terhadap kehidupan anda. Bangkit dan jadikan kenangan semalam sebagai pengajaran dan sebab untuk anda menjadi manusia yang lebih baik.

Soal jodoh memang rahsia ALLAH S.W.T dan segala ketentuan adalah datang dari NYA, tapi tidak bermakna anda hanya perlu tunggu jodoh itu datang dengan send1rinya tanpa sebarang usaha. Segalanya perlukan usaha, contohnya soal duit.

Jika tidak bekerja mana mungkin duit datang dengan send1rinya melainkan anda berusaha untuk mendapatkannya. Begitu juga soal jodoh, dalam usaha mencari pengganti yang lebih baik haruslah mengubah d1ri kita ke arah yang lebih baik terlebih dahulu. Jodoh kita mencerminkan siapa kita. Moga usaha kita mendapat redha illahi. InsyaALLAH.

Sumber : Aliffchannel.com / satkoba

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini