Seb̷ak,10 Tahun Menanti Zuriat, Suami Meningg̷al Bantu M̷angsa Banjir Tak ‘Sempat’ Tengok Anak

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menantikan kehadiran cahaya mata yang merupakan anugerah kurniaan Ilahi. Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk mempunyai cahaya mata dalam tempoh yang terdekat dan terpaksa menunggu satu tempoh yang panjang.

Suami tak sempat tengok anak

Seperti perkongsian seorang wanita cekal dikenali sebagai Laila menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.

Bagaimanapun, wanita ini sekali lagi diuji apabila suaminya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat zuriatnya selepas penantian yang begitu lama.

Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan Allahyarham suaminya begitu gembira selepas mengetahui dirinya mengandung namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda.

Sempat buat details dan scan zuriat kita dan bayi itu lelaki. Papa gembira sangat tapi papa tak sempat jumpa bayi kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi zuriat yang bakal lahir nanti. Sedih sebab perlu hidup sendiri dengan anak dalam kandungan.

Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Mohd Ikram bin Bakri meninggal dunia ketika membantu proses pembersihan pascabanjir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan Al-Fatihah buat Allahyarham suaminya.

Video penuh:

Terus kuat sis!

Sumber: Laila / sembangdunia

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini