Saya pelik bila sepupu dtg nasihat jgn benarkan suami saya berkawan dgn suaminya

Suami seorang yang sangat baik tapi lepas sepupu saya bagi amaran, saya mula tak sedap hati. Seharian saya cari bukti sanggup tak makan. Satu malam saya tanya suami satu soalan dengan nada bersahaja, akhirnya saya berjaya pecahkan rahsia suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana siarkan kisah saya. Saya kenalkan diri sebagai Haslinda. Ada orang kata hidup berumahtangga ini macam orang berjvdi, kalau nasib baik kita untung, ada kalanya rugi.

Ada pulak kata macam berlayar di lautan, memang selalu tenang, tetapi bila bergelombang rasa macam nak m4ti bila diIambung ombak. Namun paling biasa orang menggambarkan bahawa kehidupan ini umpama langit tidak selalunya cerah, dan untuk menenangkan hati kita, mereka menasihatkan bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Begitulah juga dengan kehidupan yang saya lalui, ingatkan tenang hingga ke petang. Tetapi macam pasangan lain yang baru mendirikan rumahtangga, ketika bercinta dan hendak kahwin, nasihatlah apa juga tentang asam garam rumahtangga.

M4ti hidup balik kita tak pernah percaya, kerana kita yakin bahawa pasangan kita itulah yang bukan sahaja akan memberikan kita kebahagiaan, malah membimbing kita ke syurga. Pendek kata orang sekarang bahagia hingga ke jannah.

Macam kes saya, selama 10 tahun berkahwin saya rasa sangat bahagia. Ipen lah suami terbaik. Mana tidaknya, Ipen tak berjvdi macam suami Shery, hinggakan Shery bergoIok bergadai dan meminjam kawan – kawan untuk beli barang makanan supaya anak – anak tak kelaparan sebab suaminya t4hi jvdi.

Habis sebulan gaji di meja jvdi, tik4m ekor dan t0to. Tapi Ipen baik, dia rajin solat, malah anak – anak sejak kecil dia ajar solat. Ipen betul – betul family man, setiap hujung minggu dia duduk di rumah bermain dengan anak – anak.

Kalau keluar berjalan kami di bawa bersama, paling tidak ke padang permainan. Kalau suami orang suka lepak dengan kawan tak kira malam siang, tetapi Ipen cuma dengan kami anak beranak. Saya bahagia sangat.

Bukan itu sahaja, tiga kali saya melahirkan anak, saya tak pernah balik kampung, atau minta tolong emak datang bantu saya dalam p4ntang, sebaliknya semua Ipen uruskan. Dia bangun pagi – pagi sediakan sarapan dan makan tengah hari.

Cuci dan sidai baju sebelum pergi kerja. Pendek kata Ipen memang bertanggung jawab. Bukan sahaja emak memuji, kawan pejabat pun kata saya bertuah. Ipen suami yang baik. Dia bantu saya di dapur, jaga solatnya dan kami anak – beranak, sentiasa penuhi keperluan kami sekeluarga.

Ipen juga Iarang saya beli benda – benda tak berfaedah, katanya membazir. Hinggakan dalam rumah kami tak ada hiasan, apa lagi beli pinggan mangkuk atau periuk berjenama. Ada kerusi dan meja makan, peti sejuk kecil, mesin basuh.

Sementara almari pakaian serta katil untuk bilik kami, hadiah dari emak. Anak – anak tidur di lantai beralaskan tilam. Kerana Ipen beli kereta, dan bayar sewa rumah, maka saya bantu dia sediakan bahan – bahan makanan yang basah dan kering.

Kalau saya tak ada masa ke kedai, saya bagi Ipen duit beli makanan. Itu ketika saya bekerja, hinggalah Ipen suruh saya berhenti kerana masalah mencari pengasuh anak. Saya patuh sebab waktu itu pendapatan Ipen sudah bertambah.

Kata Kak Yusni, kalau saya nak Ipen jadi baik, jangan kawan dengan suaminya. Pelik juga, tapi bualan kami terhenti bila Ipen datang ajak saya segera balik. Kak Yusni tua 10 tahun daripada saya. Memang saya dengar rumahtangganya berantakan.

Tapi saya tak ambil peduli hinggalah dia nasihatkan saya jangan bagi Ipen kawan dengan suaminya, Abang Man GoIok, Bila saya tanya Ipen betul ke dia rapat dengan Abang Man GoIok, dia kata apa salahnya? Terk3jut saya.

Sejak itu saya mula terfikir tentang Abang Man GoIok. Kenapa orang panggil dia Man GoIok, sedangkan dia bukan orang Kelantan. Abang Man GoIok bukan orang Kelantan, tapi kenapa digeIar begitu? Kalau ke GoIok, apa yang dicarinya?

Betul ke suami saya baik dan ikut per4ngai Abang Man GoIok? Saya mahu cari jawapannya. Minda saya mencari jawapan. Dan saya mula berfikir ke mana Ipen pergi. Selang empat atau lima bulan dia pasti akan bercuti tiga atau empat hari, katanya ikut kawan jalan.

Jalan ke mana? Kalau dulu saya tak banyak soal, sekarang saya tanya, pergi mana? Selang sebulan, Ipen kata nak cuti tiga hari, nak ikut kawan makan durian di kampungnya. Terk3jut saya. Kalau dulu saya kata okey, sekarang saya tanya, mengapa tak bawak saya dan anak – anak?

Saya pun teringin nak makan durian. Puas bersoal jawab, Ipen mengelak. Akhirnya melantun dari mulutnya, “Bini Abang Man tak pernah ikut, kenapa awak nak ikut?” “Oh…! Nak jalan – jalan dengan Abang Man GoIok, nak pergi GoIok ke?” terus saya terjah.

Katanya dia pergi dengan orang lelaki aje, sorang pun tak bawak keluarga. Tambah terk3jut saya. Akhirnya Ipen kata, saya patut bersyukur dia tak macam orang lain. Dia tak berjvdi, bukan kaki m4buk, atau tak bagi anak bini makan.

Dia dah jalankan tanggungjawabnya, jadi apa salah kalau sesekali dia berjalan dengan kawannya. Saya pulak terdiam. Ipen terus capai beg dan pergi. Sepemergiannya membuat hati saya tak tenang. Habis gerobok pakaiannya, laci, beg, apa – apa sahaja milik Ipen saya selongkar.

Bekerja besar saya malam itu sampai tak makan. Lepas tidurkan anak – anak, saya sambung lagi menyelongkar. Naluri seorang isteri memang kuat, entah macam mana Ipen boleh simpan resit kedai farmasi di GoIok, Hadyai dan Narathiwat.

Tapi per4ngai Ipen ini lain sikit, dia tenang. Belum habis soalan saya, dia pergi ambil wuduk dan solat. Solat pulak tu lama, termasuk qada sekali. Saya kata, takkan tak buat jamak solat. Bila dia solat saya terdiam. Memang dia bijak ‘beli hati saya’.

Esoknya kerana tak sabar, saya telefon Kak Yusni, nak tahu apa cerita suaminya. Cerita Kak Yusni buat saya hampir pengsan. Rupanya mereka baru bercerai. Kata Kak Yusni, dia bercerai sebab tak tahan dengan per4ngai Abang Man GoIok yang kaki perempuan.

Dia bukan saja guna perempuan tempatan, luar negeri paling dia suka. Sebab itu dia tak suka Ipen rapat dengan suaminya, nanti Ipen ikut per4ngai jahatnya. Ipen akhirnya mengaku dan memuji ‘layanan’ perempuan di sana.

Patutlah dia ketepikan saya dengan alasan penat dan banyak kerja. Rupanya Ipen ikut Abang Man GoIok pergi Hadyai, Takbai, bila banyak duit mereka ke seberang laut. Tujuannya cari perempuan. Kata Abang Man GoIok layanan perempuan sana special.

Baru saya sedar, patutlah Ipen ketepikan saya. Alasannya letih, banyak kerja, kepala pening. Kata Kak Yusni lagi, semua pasport mereka ada KAKI tukang simpan. KAKI inilah yang atur jadual perjalanannya tak kira sama ada tambang van atau tambang murah Air Asia dan hotel.

Untuk makan minum dan layanan perempuan kena cari dan bayar sendiri. Bila Ipen balik, saya pun bersyarah. Tak ingat d0sa ke, buat maksi4t, tak tahu hukvm ke, macam – macam saya cakap. Berd0sa besar. Tapi jawapan Ipen senang, dia dah bagi makan pakai saya dan anak – anak, nak apa lagi.

Berd0sa besar itu urusan dia, jangan masuk campur. Sejak itu hubungan kami agak tegang. Saya cuba berbuat baik dengan beri layanan sebaik mungkin pada Ipen, tapi dia tak ‘heran’. Dia macam nak tak nak aje, jawapannya letih dan banyak kerja.

Kerana tak puas hati, saya telefon kawan pejabatnya, betul ke Ipen banyak kerja? Memang mulanya sukar mendapat jawapan, tetapi selepas beberapa kali, saya dapat bercakap dengan kawan Ipen yang simpati dengan saya.

Berbulan juga baru saya dapat bongkar rahsia Ipen. Rupa – rupanya dalam sibuk ke Siam, Ipen ada skandaI dengan ibu tunggal di pejabatnya, cuma berlainan jabatan. Hubungan mereka sudah erat, mereka cadang nak kahwin.

Nak pengsan saya dengar. Ipen suka jadikan ibu tunggal sebagai m4ngsanya. Paling dia suka yang banyak harta dan bergaji besar. Tiba – tiba saya teringat cerita adik saya dulu, dia nampak Ipen di Mall. Ipen jalan dengan perempuan.

Bila adik tegur, Ipen kata mereka teman sepejabat dan ada urusan kerja. Adik tak percaya, sebab adik nampak mereka berjalan berpegang – pegang tangan. Bila terserempak barulah mereka menjarakkan diri. Saya terfikir adakah perempuan itu orangnya?

Sejak itu hati saya mula tawar. Saya perhatikan per4ngai Ipen juga berubah, suka tidur awal, bangun tengah malam. Saya fikirkan dia solat tahajud, rupanya tengok video Iucah. Memang dia malu dengan sindiran saya.

Gaya luaran kalah pak lebai, tetapi per4ngai kalah s3tan. Suruh anak isteri solat ingat Tuhan, tapi kalau anak – anak tahu per4ngai sebenar ayah mereka, mana nak letak muka. Kalau tengok gaya luarannya, Ipen memang macam pak lebai.

Macam pak imam. Tapi di sebaliknya, kaki maksi4t. Sejak itu saya sekat Ipen ikut Abang Man GoIok. Dia ada pulak aktiviti lain. Entah apa hebatnya, ada pulak perempuan yang suka dengannya, tak kira ibu tunggal ataupun anak d4ra tua.

Entah apa istimewa Ipen ini, nak kata handsome sangat tak jugak, tetapi segak. Kalau bercakap suka menasihat orang. Entah apa ayat power dia pakai, mudah sangat dapat perempuan. Saya fikir sejak simpan perempuan di KL tentu aktiviti Siam sudah tamat, tapi tidak.

Dia tetap ikut Abang Man GoIok, maklum duit ada. Dan saya rasa Ipen lebih jahat dari Man GoIok, sebab di Siam ke atau di KL per4ngainya tetap sama. Biasanya ibu ibu tunggal jadi pilihannya. Terutama kalau ibu tunggal itu ada kerja, tak kiralah dengan kerajaan atau swasta, yang penting, ada rumah dan kereta.

Lebih – lebih lagi kalau bergaji besar. Saya perhatikan Ipen memang tak boleh berubah, malah bertambah teruk. Nasihat saya dia tak pakai dah. Lebih teruk lagi makan pakai anak isteri sem4kin dilupakan, setelah saya tahu aktivitinya.

Saya memang kecewa. Namun sebagai isteri, saya cuba pert4hankan rumah tangga saya. Setiap kali dia ada teman wanita, saya cari, saya telefon wanita itu dan ceritakan siapa Ipen sebenarnya, MaIangnya tak semua percaya, ada yang menc4bar saya lagi.

Oleh kerana per4ngai Ipen sem4kin teruk dan anak – anak sem4kin besar, malu rasanya bila kami bert3ngkar. Akhirnya saya minta cerai bila saya tahu dia ada hubungan intim dengan seorang ibu tunggal. Biarlah saya berk0rban.

Biar wanita itu tahu per4ngai Ipen. Umur dekat 50 tahun, tetapi aktiviti maksi4tnya sem4kin kencang. Jadi eloklah dia kahwin. Saya tak sanggup kongsi d0sa. Kawan kata saya b0doh lepaskan Ipen. Pada saya kalau per4ngainya baik, bagi makan pakai anak – anak macam dulu, b0dohlah saya minta cerai, tetapi Ipen sudah berubah.

Hatinya bersarang maksi4t. Saya nekad, lebih baik bercerai daripada berkongsi d0sa dan bert3ngkar depan anak – anak. Memang mudah Ipen lafazkan cerai, sebab dah ada calon. Mulanya saya nak jaga anak – anak, tetapi memikirkan belum tentu Ipen bagi nafkah.

Maka saya serahkan anak – anak pada dia, biar dia urus anak – anak. Saya nekad cari kerja dan berdikari. Tetapi setelah empat tahun bercerai, anak – anak tetap cari saya. Mereka dah besar. Saya tak hilang anak.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: mehbaca