“Saya Ketika Itu Sudah Terbabit Dengan Aktiviti NGO,” – Jodoh Sudah Tertulis, Datin Seri Heliza Kongsi Momen Awal Perkenalan Dengan Suami

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mengenang memori indah perkenalannya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebelum diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu.

Menurut Heliza yang sinonim disapa sebagai Kakja, dia terlebih dulu menerima mesej pertanyaan daripada Mahadi atau Abang Dee di Instagram berhubung bantuan kemanusiaan.

“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya.

“Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga. Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing-masing meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Bagaimanapun, mereka kembali berhubung apabila Heliza mengirimkan doa apabila mengetahui Mahadi bakal ke tanah suci.

“Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.

“Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.

Heliza pada masa sama mended4hkan, salah satu doa yang dikirimkan termasuklah soal jodoh.

“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami.

“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.

Ditanya mengenai suami tersayang yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar menyatakan gambaran itu dengan kata kata.

“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat. Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah.

“Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.

Sementara itu, Mahadi sejujurnya menyifatkan jodohnya dengan Heliza seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.

“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Ia satu penantian panjang yang terjawab dan berbaloi apabila berjodoh dengannya.

“Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri. Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini diraikan sahabat baik iaitu penyanyi dan pemilik bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre, Mila Jirin pada Sabtu lalu dalam satu majlis di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor.

Mangambil tema ‘Malam Islamik’ ia sebagai simbolik persahabatan antara Mila dan Heliza yang mencecah 15 tahun, ketika sama-sama menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber : MH / news131media

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini