Remaja 14 Tahun Ambil Alih Tugas Ibu, Masak Sebelum Ke Sekolah

Ujian hidup tiada siapa yang menjangka. Diuji di tengah-tengah perkahwinan setelah mempunyai anak-anak. Sebak, hiba melihat keadaan keluarga ini. Ibu terlantar, ayah pula OKU. Anak lelaki remaja ambil alih tugas ibu memasak serta melakukan kerja-kerja rumah lain setiap hari sebelum ke sekolah.

Anak soleh bernama Abdul Fatul Rahim Norisham, 14, dari Taman Lagenda, Padang Serai, Kulim, Kedah tidak berasa kekok melakukan kerja-kerja rumah untuk membantu ibunya, Haniza Omar, 40, sejak 5 tahun lalu.

Pergi Pasar Beli Barang, Sampai Rumah Masak, Kemudian Baru Ke Sekolah

Remaja yang menuntut sebagai Pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Lela Pahlawan, Padang Serai, Kulim ini berkata, setiap hari sebelum ke sekolah dia ke sebuah pasar mini berhampiran rumahnya membeli barangan basah seperti sayur dan ikan.

“Pulang ke rumah saya menyiang ikan dan membasuh sayuran sebelum dimasak. Namun saya hanya masak resepi yang mudah seperti menggoreng ikan dan sayur lemak.

“Jika resepi yang ibu minta agak sukar, saya sediakan bahan terlebih dahulu sebelum kakak saya, Nurfarahain, 15, memasak selepas pulang dari sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Abdul Fatul lagi, dia sudah biasa melakukan kerja rumah dan tidak berasa susah atau penat demi membantu ibunya yang turut menghidap pelbagai penya.kit lain.

Bapa OKU, Cacat Kaki Kanan, Masalah Jantung
Sementara itu, bapanya, Norisham Ghazali, 53, pula seorang orang kurang upaya (OKU) dengan mengalami kecacatan pada bahagian kaki kanan selepas kemalangan jalan raya pada 2013 serta mempunyai masalah jantung.

Selain itu, Haniza juga memaklumkan bahawa dia menghidap pelbagai penya.kit antaranya kan.ser otak, masalah tulang belakang dan kelenjar air liur sejak 5 tahun lalu.

masak

Menurutnya, minggu lalu, dia terjatuh di rumahnya menyebabkan kaki kanan retak sehingga sukar berjalan manakala suaminya pula terkena sera.ngan jantung baru-baru ini.

Sewa Rumah RM450
“Suami saya bekerja di sebuah kedai menjual kereta terpakai dengan gaji harian sebanyak RM30 sehari. Saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Kedah sebanyak RM500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula RM600 manakala suami menerima bantuan OKU sebanyak RM450.

“Hasil wang bantuan itu dia membayar sewa rumah sebanyak RM450 serta perbelanjaan harian serta persekolahan anak-anaknya,” ujarnya.

Hasil perkahwinan Haniza dan suami, mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan berusia 8 hingga 21 tahun.

5 orang anaknya sedang belajar iaitu Nurfarahiyah Masyitah, 18, yang menuntut di sebuah universiti awam, Nurfarahain, 15, Abdul Fatul Rahim, 14, Abdul Aisyh Rayan, 10, dan Nurkasih Aisyh Zahra, 8.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut boleh menghubungi Haniza di talian 010-8068269.

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini dan dimurahkan rezeki buat mereka. Semoga anak-anak ini berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber : [Utusan] / mypendidik

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini