Pusat Pengurusan Bencana Jepun Beri Amaran, Dianggarkan 200,000 Orang Bakal Terkorban Disebabkan Tsunami Yang Terhasil Daripada Gempa Bumi Besar (video)

Ramalan Pusat Pengurusan Bencana Jepun, Jika gempa bumi berukuran 9 magnitud melanda pantai Pasifik Timur Laut dan utara Jepun, dianggarkan hampir 200,000 orang di tujuh wilayah yang terkesan dengan bencana alam ini bakal kehilangan nyawa.

Ini merupakan anggaran dan ramalan Pusat Pengurusan Bencana Jepun jika situasi hadir dengan kebanyakan orang akan terkorban disebabkan tsunami yang terhasil daripada gempa bumi tersebut.

Menurut agensi berkenaan, 220,000 bangunan dianggarkan akan musnah jika gempa seperti itu berlaku di sepanjang pantai Jepun. Selain itu, Jepun juga akan terdampak dengan kejatuhan ekonomi dengan secara keseluruhan boleh memberi kerugian sehingga $275.4 bilion, lapor Kyodo News.

Disebabkan itu, langkah pengurusan bencana terus dipercepatkan memandangkan anggaran kematian di kawasan timur laut dan utara Jepun dapat dikurangkan sebanyak 80 peratus jika langkah awal di ambil.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah persisir pantai Jepun yang membentang dari Hokkaido ke timur Semenanjung Boso berhampiran Tokyo, manakala persisir pantai Chishima terletak di pulau utara utama negara itu hingga ke Kepulauan Chishima, juga dikenali sebagai Kepulauan Kuril.

Selain itu, NHK World News di laman Twitter milik mereka telah mencipta simulasi amaran awal mengenai gempa bumi besar yang bakal melanda Jepun. Di dalam video terbabit, kelihatan beberapa kawasan bakal menerima kesan teruk tsunami dengan sebahagian yang lain pula bakal tenggelam.

Kerajaan Jepun kini sedang giat mengkaji semula pengurusan bencana berikutan gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan timur laut Jepun pada 2011. Gempa bumi dengan magnitud lebih daripada 7 itu telah berlaku di sekitar persisir pantai Jepun.

Dalam penilaian yang dikeluarkan pada 2006, dianggarkan sehingga 2,700 orang bakal kehilangan nyawa sekiranya berlaku gegaran kuat. Bagaimanapun, penilaian itu tidak mengambil kira gempa bumi kuat dengan ukuran 9 magnitud atau lebih tinggi menggegarkan wilayah itu.

Selain itu, Jepun turut melakukan semakan terhadap dua lagi kemungkinan gempa besar yang bakal terjadi di Nankai Trough dan Tokyo Inland. Dianggarkan sehingga 323,000 orang bakal kehilangan nyawa dalam gempa bumi yang berlaku di sepanjang Nankai Trough yang terbentang dari barat ke tengah Jepun, dan 23,000 lagi bakal kehilangan nyawa dalam gempa bumi di Tokyo Inland.

Sumber : thevocket / majalahilmu

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini