Permata ulama Kedah, Tuan Guru Haji Rifaie Yaakob meninggal dunia

BALING – Ulama terkenal Kedah, Muhammad Rifaie’ Yaakob, 59 tahun meninggal dunia pagi tadi akibat masalah kesihatan.

Dalam kenyataan Pejabat Jabatan Mufti Kedah memaklumkan, Allahyarham merupakan salah seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah.

Jabatan Mufti Negeri Kedah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, pada 1961, Allahyarham Muhammad Rifaie’ mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai dan melanjutkan pelajaran ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Omar Zuhdi.

Allahyarham Muhammad Rifaie’ pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun.

Pada 2019 Allahyarham telah dilantik Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.

sumber: wowberita

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini