Percayakan jiran pegang kad ATM, wang RM26,060 warga emas ‘lesap’

KUANTAN – Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas.

“Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran.

“Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah dimasukkan ke akaun,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status wang pampasan tersebut.

Mangsa mendakwa mengetahui baki akaun banknya berkurangan apabila anak saudaranya pulang ke kampung hujung Julai lepas, dan semakan di bank mendapati terdapat 23 transaksi pengeluaran wang dibuat menggunakan kad ATM itu.

“Anak saudara mangsa cuba berbincang dengan suspek untuk memulangkan semula wang itu, namun suspek dikatakan berkeras menyatakan semua wang yang dikeluarkannya telah diserahkan kepada mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Wazir, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini pada Jumaat, selepas mendakwa suspek enggan memulangkan wang itu walaupun telah memberikan tempoh secukupnya.

Disyorkan artikel ini:
Kerana sebungkus bihun, warga emas disamun
Warga emas 80 tahun miliki MyKad kali pertama
Mengaku salah peras ugut warga emas RM2
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/170845/BERITA/Semasa/Percayakan-jiran-pegang-kad-ATM-wang-RM26060-warga-emas-lesap?fbclid=IwAR0SoU14EKedVij9oZm9tLWL0aIHSD9hr3MVTHPoEYsm99M0AqTKnlYI7u0
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

sumber: sinarharian

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini