“Peniaga tak saIah,yang saIah pelanggan”.Konsep dia mudah je. Mari baca pandangan dari Ust Izhar Ariff

Jika harga dinyatakan awal, peniaga tak salah

Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesaIahan dalam IsIam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya IsIam atau bukan IsIam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira k0s keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah IsIam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatvhkan periuk nasi pihak lain.

“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu haIal har4m serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatvhkan periuk nasi mereka.

“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatvh fitnah,” katanya.

menu

Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpu4s hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

komen

Sumber : f uh / karipapangin

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini