Peni̷aga bu̷ang lebih 1 tan durian bernilai RM10,000 akib̷at lamb̷akan buah

SEGAMAT – Seorang peniaga dan peraih durian di Felda Medoi di sini menanggung keru’gian lebih daripada RM10,000 kerana terpaksa membuang kira-kira satu tan durian pelbagai jenis ekoran lambakan raja buah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang. (atas gambar hiasan)

Mohamad Fadli Mustapha, 42, berkata, tindakan itu dilakukan selepas buah durian bu’ruk dan ro’sak kerana bekalan tidak dapat dipasarkan.

“Lubuk pasaran durian di Lembah Klang sudah tidak boleh masuk sekarang ini ke­rana berlakunya lambakan durian.

“Minggu ini sahaja saya terpaksa buang lebih satu tan durian jenis kampung dan kahwin walaupun kami sudah turunkan harga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

MOHAMAD FADLI (kanan) menunjukkan harga durian yang semakin turun ekoran lambakan bekalan durian di Felda Medoi semalam.
Sementara itu, seorang pekebun durian di Pontian, Abdul Hadi Ahmad Sani, 43, berkata, harga durian kampung dijangkakan terus turun sehingga RM6 sekilogram.

“Sebelum beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan PKPD, harga durian adalah antara RM15 hingga RM20 seki­logram.

“Musim durian luruh ketika ini, memang berlaku lambakan bekalan di pasaran kerana durian tdk boleh dibawa keluar dari sini.

“Dalam masa sama, pembeli pula tidak boleh keluar untuk membeli durian seperti hari biasa.

“Sekarang harga sudah mula jatuh iaitu antara RM8 hingga RM10 sekilogram, para pekebun disini menjangkakan harga akan turun lagi sehingga RM6 sekilogram,” katanya.

“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. 9 Petua Mudah Untuk Halau Lipas Yang Membiak Dalam Kereta

Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.

Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?

Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.

9 PETUA MENGHALAU LIPAS DALAM KERETA

Berikut adalah 9 petua menghalau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!

Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat

dibenci oleh lipas.

Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg

kain yang berjaring halus.

Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput

kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.

Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.

Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.

Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.

Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.

Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda

Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.

Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.

6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN

Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah. Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.

Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.

Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.

Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.

Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.

Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.

Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.

Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.

Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat!

sumber: rentas

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.