Pengs̷an di restoran sebelum disahk̷an meningg̷al dunia. Status terkahir Mamat Khalid buat ramai sayu. Al Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Jenazah akan dibawa pulang ke ipoh untuk disemadikan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan diampunkan dosa2. Semoga roh arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman

Punca awal dikenal pasti kerana serangan jantung. Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau.

Memetik perkongsian Facebook Yop4ever.com pula, pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah itu mengalami ser4ngan j4ntung sebelum jatuh.

Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meningg4l dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.

Berikut status terakhir Mamat Khalid di GI beliau pada 17 september 2021

“Bagaimana agaknya kehidupan abang-abang dan kakak rider yang selalu hantar makanan dan barang ke rumah kita ya? Korang tahu tak, macam-macam dugaan dan cabaran yang mereka hadapi demi menjalankan tugas harian tau!”

Saksikan sebuah sitcom komedi yang bertajuk Klik Rider, bakal menemui anda mulai 17 September, setiap Jumaat jam 9.00 malam hanya di Astro Warna Saluran 107.

Ucapan takziah dari rakan artis dan orang ramai,

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah.

Sedikit trivia,

Mohamad bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid (lahir 6 April 1963) ialah seorang pengarah filem dan penulis lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang kerani kerajaan dan isterinya seorang surirumah, Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana.

Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini