Pengemis Wanita M̷enipu Kudung Dan Berkerusi Roda, Didapati Memiliki 5 Hartanah Dan Wang Tunai Lebih RM790,000

Pengemis Wanita Raih Simpati Jadi ‘Kudung’ Dan Berkerusi Roda, Memiliki 5 Hartanah Dan Wang Tunai Lebih RM790,000. Wanita menipu dengan berlakon seolah-olah kakinya kudung dan berkerusi roda untuk menjadi pengemis meminta sedekah.

Wanita di Mesir itu berbuat sedemikian bagi memudahkannya mengemis simpati daripada orang ramai dan seterusnya mendorong mereka untuk memberikan duit sedekah yang banyak kepadanya.

Dia dikatakan aktif melakukan aktiviti tersebut di bererapa buah tempat di Kaherah, Mesir.

Gambar Hiasan

Walaubagaimanapun, taktik wanita berusia 57 tahun itu terbongkar pada satu hari apabila ada orang melihat dia boleh berjalan seperti orang normal dan tidak memerlukan kerusi roda.

Menurut Gulf News, laporan polis telah dibuat terhadapnya kerana menipu dan pihak polis bertindak menahannya untuk disiasat.

Siasatan polis mendedahkan kebenaran mengenai wanita tersebut dan memang benar dia berkeadaan normal dan boleh berjalan seperti orang biasa dan bukannya kudung atau dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Gambar Hiasan

Lagi mengejutkan apabila siasatan lanjut mendapati wanita tersebut sudahpun mempunyai 5 bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia. Selain itu, dia juga mempunyai wang simpanan di bank sebanyak lebih kurang RM790,000!

Wanita itupun ditahan oleh polis dan dan bakal menerima hukuman setimpal. Walau sepandai manapun wanita ini cuba menipu, tapi akhirnya terbongkar juga akhirnya.

sumber: majalahilmu

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini