Penangan ‘Nasi Ganja Ipoh’, Sanggup Guna Helikopter Dari KL Ambil Pesanan Di Perak

Baru-baru ini, penduduk Ipoh dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak untuk mengambil pesanan sebanyak 36 bungkus nasi ganja.

Difahamkan lagi, helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan untuk mengambil tempahan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja.

Sanggup naik helikopter, ambil pesanan

Menurut jurucakap restoran nasi ganja berkenaan, dia telah menerima sebanyak 36 bungkus tempahan nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Pada awalnya, dia menyangka pesanan itu hanyalah satu gurauan apabila diberitahu ia akan diambil dengan menggunakan helikopter.

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.
“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter,” ujarnya.
Namun, dia terkejut setelah tempahan itu benar-benar diambil dengan menaiki helikopter.

Bagaimanapun Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata setelah menyemak dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh, helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, lapor Utusan.

“Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini.
“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan kemunculan helikopter dipercayai milik sebuah syarikat swasta tersebut yang mendarat di Padang Ipoh.

Hebat betul penangan ‘Nasi Ganja’ Perak ya, sampai sanggup guna helikopter ambil tempahan walaupun dari jauh.

Sumber: Utusan (Sayed Hesham Idris) / news60post

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini