Pemuda Tahfiz Ini Hadiahkan Al-Quran Tulisan Tangan Sendiri, Sebagai Hantaran Kahwin Buat Isteri Tersayang

Tidak dinafikan bakal raja sehari hari ini sanggup memberikan pelbagai barangan mewah atau berjenama sebagai barang hantaran untuk majlis pernikahan.

Jika boleh mahukan berangan jenama. Lagi mahal lagi bermakna bagi membuktikan cinta sejati. Namun lain pula halnya bagi pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan April lalu.

Pengantin perempuan telah menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran perkahwinannya. Dan lebih menarik, al-Quran berkenaan adalah merupakan hasil tvlisan suaminya send1ri.

Kisah mereka ini jadi viral gara-gara seorang jurugambar kepada pasangan berkenaan.

iaitu Raja Nazrin yang berkongsikan kisah ini melalu tweet menunjukkan gambar al-Quran berkenaan.

Mempelai berkenaan, Nizamuddin Rahim 23 tahun dan pasangannya Nurul Aida R.Azli 22 tahun selamat diijabkabulkan pada 11 April lalu.

Nizamuddin ketika dihubungi Mstar memberitahu mula menulis Al-Quran sejak dia berusia 13 tahun.

“Ia dihasilkan sewaktu saya Tingkatan satu. Sebemarnya penulisan ini diwajibkan kepada semua pelajar Maahad tempat saya belajar.

“Sekiranya tak ditvlis, pelajar tidak dibenarkan membaca hafalan (tasmi’) dengan ustaz. Alhamdulillah, ia berjaya disiapkan dalam masa 3 tahun”, ujarnya kini bertugas sebagai Penyelia di Darul Asnaf Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang meriupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQPC) Machang Kelantan.

Idea untuk memberikan hantaran Quran itu adalah dari idea ibu bapanya. Mereka memesan padanya supaya simpan baik selepas tamat sekolah.

Dalam pada itu, isterinya juga terharu dan kagum dengan d1rinya yang menghadiahkan sesuatu berharga hasil usahanya send1ri.

sumber : Kashoorga / satkoba

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini