Pemuda Luar Biasa Jalan Kaki Ke Makkah Ambil Masa Setahun, SubhanAllah..

Tanah Jawa Ke Tanah Suci | Menunaikan haji adalah rukun Islam ke-5 setelah syahadah, solat, puasa dan zakat. Ia adalah salah satu amalan tahunan yang dilaksanakan semua orang Islam yang mampu dari segi material, fizikal dan men tal. Biasanya pada zaman ini, kapal terbang ataupun kapal laut digunakan dalam mencapai misi ke Tanah Suci Makkah.

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan tekad seorang lelaki yang hendak berjalan kaki dari England ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun 2022. Sebelum beliau rupanya sudah ada pemuda dari negara jiran, dapat menunaikan haji dengan berjalan kaki daripada Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ke Makkah. Perjalanannya tersebut bernama Mochammad Khamim Setiawan.

Ibnu Hasyim: Kisah Jalan Kaki Ke Mekkah. Perjalanan Panjang Mengharukan..

Mochammad Khamim berjalan dalam tempoh tidak sampai setahun untuk menjejak tanah suci Makkah. Walaupun kisah ini adalah pada tahun 2017, namun ia adalah kisah inspirasi yang tidak kenal masa. Jika kita benar berniat ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah, pasti kita akan mencari jalan dan tekad melakukan perkara tersebut, dan dengan berdoa Allah akan memudahkan urusan tersebut inshaAllah.

Hanya berbekalkan niat dan azam yang begitu teguh impian menunaikan haji oleh pemuda tanah Jawa graduan Ekonomi Universitas Negeri Semarang (Unnes) yang bersemangat waja ini akhirnya menjadi kenyataan.

Khamim ‘Berjalan’ Kaki Ke Mekah – Kisah Dunia

Mengimbas semula pengembaraannya, Khamim atau pemuda yang mesra disapa Aim ini memulakan perkelanaannya dari daerah Pekalongan pada 28 Ogos 2016 hanya dengan membawa sebuah beg galas. Isi beg galas itu pula hanya senashkah al-Quran, beberapa helai pakaian, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, GPS serta wang tunai berjumlah kira-kira 3 juta rupiah (RM955).

Pada mulanya memang pihak keluarga agak keberatan dengan hasratnya itu. Mungkin juga kurang yakin dengan kemampuan Khamim berjalan kaki. Namun larangan abangnya yang memaksa beliau melupakan hasrat berjalan kaki langsung tidak mema tahkan semangat Khamim. Malahan beliau lebih bersemangat untuk merealisasikan impiannya.

Bapa Khamim, Syaufani Solichin berkata jika Khamim mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya. Tidak ada perkara yang mengha langnya. Dia adalah seorang anak muda yang mempunyai daya keyakinan diri yang sangat tinggi.

Keren! Pemuda Ini Jalan Kaki dari Indonesia ke Mekkah

Tiada Persediaan Yang Aneh – Bapa

Sebelum melakukan perjalanan luar biasa itu ke Arab Saudi, Khamim tinggal di rumah berdua dengan ayahnya. 3 orang adik beradiknya tinggal di Jakarta, ibunya pula telah men1ng gal du nia.

“Persiapannya 3 tahun, tidak ada yang aneh. Hanya perbanyak puasa dan ibadah,” terang Syaufani yang masih bekerja mengurus koperasi keluarga.

“Dia menjalani puasa Daud dalam 3 tahun terakhir,” tambahnya. Bapanya juga ada memberi wang sebanyak 1 juta rupiah kepada Khamim. Menurut bapanya lagi, Khamim tidak meminta yang aneh-aneh padanya. Beliau hanya ingin didoakan serta niat baiknya direstui oleh sang ayah.

“Dia tidak minta apa-apa, hanya minta didoakan. Saya yang tanda tangan surat pernyataan izin di Kantor Agama Pekalongan,” ucap bapanya lagi.

Dalam tempoh perjalanan Khamim, bapanya mengaku jarang berkomunikasi dengan anaknya. “Teman-temannya kadang kasih lihat saya foto. Pernah saya komunikasi lewat video (video call),” ujarnya.

Pesan Ayah, Jangan Sombon

“Saya cuma pesan hati-hati di jalan. Jika sudah berhasil jangan som bong. Saya tidak tahu kenapa dia mau jalan kaki naik haji. Dia memang kalau sudah punya niat akan dilakukan,” tambahnya lagi.

Kembara Dari Tanah Jawa Ke Tanah Suci

Kisah berjalan kaki dari pekalongan – mekah

Sepanjang perjalanannya ke Tanah Suci, Khamim memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam. Jika sihat, dia mampu mencapai jarak sejauh 50 km sehari, namun jika kakinya sakit, beliau hanya mampu berjalan sejauh 10 km sehari. Beliau akan berhenti berehat di masjid, bangunan awam mahupun rumah penduduk.

Hanya 2 Kali Jatuh Sa k1t

Sepanjang tempoh perjalanannya, beliau hanya sa k1t sebanyak 2 kali sahaja iaitu semasa berada di Malaysia dan India. Khamim akan berhenti di setiap kedutaan Indonesia yang dilaluinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.

Bukan Kerana Kurang Wang

“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kekurangan wang tetapi saya percaya ia merupakan cara saya mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Dengan cara ini saya dapat belajar budaya mereka dan menambah pengalaman,” katanya.

Dia adalah orang yang cukup mampu dari segi ekonomi. Khamim diketahui memiliki usaha kontraktor. Namun ditinggalkannya demi menjalankan misi ibadah. “Saya tak pernah meminta-minta. Namun saya selalu bertemu orang yang memberi makanan dan bekal lain,” kata Mochammad Khamim Setiawan menurut Khaleej Times sebuah media besar di UAE.

Khamim juga merekod perjalanannya di setiap negara yang dilalui selain mengemas kini akaun media sosial miliknya untuk memaklumkan kepada ahli keluarga.

Impian Jadi Kenyataan

Akhirnya, pe nat je rih memerah keringat pemuda tanah Jawa ini berbalas jua apabila pada 27 Julai 2017, Khamim akhirnya memuat naik gambar beliau memakai pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah. Beliau tiba lebih awal dari tarikh jangkaan ketibaannya d Tanah Suci iaitu 30 Ogos 2017, iaitu sehari sebelum wukuf.

Inilah kepuasan yang tidak terhingga kepada Khamim. Bukan sahaja dapat mengembara tetapi juga hasratnya menunaikan haji pada usia muda (28 tahun pada ketika itu) akhirnya menjadi kenyataan.Berikut perjalanan yang dilalui oleh Khamim dari Pekalongan menuju ke Mekah.

Pekalongan – Merak 490 km (Darat)

Merak – Bakahuni 50 km (Laut)

Bakahuni – Jambi – K. Tungkal 820 km (Darat)

Jambi – Johor Baru (Malaysia) 200 km (Laut)

Johor Baru – Bukit Hitam (Malaysia) 844 km (Darat)

Bukit Hitam – Bangkok – Pataya (Thailand) – Mae Sot (Myanmar) 1720 km (Darat)

Mae Sot – Tamu Moreh (perbatasan Myanmar – India) 1300 km (Darat)

Tamu Moreh – Lahore (India – Pakistan) 2800 km (Darat)

Lahore – Karachi (Pakistan) 1200 km (Darat)

Karachi – Muscat 500 km (Laut)

Muscat (Oman) – Sana’a (Yaman) 2300 km (Darat)

Sana’a – Mekkah (Saudi) 1250 km (Darat)

Total Perjalanan Darat : 12724 km

Total Perjalanan Laut : 750 km

tanah jawa

Dalam hidup pasti kita ada sesuatu yang benar-benar kita hendak capai. Sebesar manakah tekad dan kemahuan kita dalam mencapai usaha itu?

Satu petua yang kuat yang saya pelajari dari ustaz kegemaran saya, Sheikh Hussain Yee :

Apabila anda Berikan masa untuk Allah,

Allah akan memberi kamu waktu yang kamu perlukan.

Apabila anda mengamalkan ketenangan dan kedamaian di solat,

Allah akan memberi anda ketenangan dan kedamaian yang anda perlukan.

Kunci utama bagaimana hendak menjadi orang yang tenang dan tak mudah m4rah bila di uji. dan sentiasa pandai urus masa dengan baik?

Kunci utamanya ialah praktis urus masa dan emosi dalam solat. Orang yang tenang dan tak terburu2 dalam solat, akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.

Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.

Masa mula2 belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee ?

Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I’ve improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.

Kalau tak, sebelum ni sikit2 nak baling hanger.

Sejak itu saya sedar, ketenangan adalah kuasa besar yang diberikan oleh Allah.

Rupanya ketenangan diri takde kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan adalah keupayaan untuk tidak berlebihan, untuk menjaga minda anda dengan jelas dan hati anda dengan aman walau dalam apa jua keadaan.

Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri.

“I’m a calm and peaceful person.”

Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.

2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.

Tepat Waktu
Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja. [Martin Gommel]

Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.

3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

Quote Solat
Di antara kata-kata berkenaan solat yang menginspirasikan. [LionofAllah]

Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.

5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.

7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.

Solat Berjemaah
Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah. [Aeab]

Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak terg0poh-g4pah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.

Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

InsyaAllah.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : mypendidik via [Kashoorga] [Tribunnews] [Grid] via majalah-harian.com / nzdigital